NOTIS :

BuletinKpop kini diubah kepada templat Blogger yang asal buat sementara waktu.
BuletinKpop akan kembali dengan wajah yang baru dalam masa yang terdekat. Harap maklum.

Ahad, 19 Oktober 2014

Lee Kwang Soo Turut Serta Untuk ‘Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia’

Lee Kwang Soo Turut Serta Untuk ‘Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia’
 

 
Lee Kwang Soo menyertai rakan ahli Running Man nya yang lain untuk sesi bertemu peminat di Malaysia;
ONE HD akan mengadakan sesi autograf Running Man di Paradigm Mall



Malaysia, 18 October 2014 – Peminat Running Man di Malaysia pasti bertambah gembira apabila mengetahui bahawa Lee Kwang Soo akan menyertai  rakan sepasukannya HaHa (Ha Dong Hoon), Kim Jong Kook, Ji Suk Jin dan Song Ji Hyo untuk ‘Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia’yang akan berlangsung pada 1 November, Sabtu, 6.30ptg di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Kwang Soo yang pada mulanya tidak tersenarai untuk acara di Malaysia telah mengesahkan kehadirannya dalam acara ini disebabkan perubahan jadualnya. Dikenali sebagai 'Zirafah' dalam program TV ekstrim popular, Kwang Soo bersama-sama ahli lain akan menembusi sempadan dunia komedi semasa fan meeting yang dijalankan berserta dengan pelbagai persembahan.

Penambahannya untuk fan meeting kali ini akan memberikan pengalaman Race Start yang hebat kepada peminat Malaysia dengan kadar harga tiket yang masih sama. Peminat akan disajikan dengan dua jam persembahan yang menyeronokkan, termasuk dengan permainan yang interaktif, komedi dan persembahan lagu dari ahli Running Man kegemaran mereka.

Untuk membuatkan petang itu lebih diingati, peminat yang membeli tiket sebelum 23hb Oktober 2014 akan mendapat peluang untuk menaiki ke pentas dan berinteraksi secara terus dengan bintang-bintang itu melalui permainan yang istimewa.

Untuk keterangan lanjut, sil lawati: http://www.onetvasia.com/RaceStartMY

Sesi Autograf di Paradigm Mall untuk pemegang tiket

Peminat juga boleh melihat sesi autograph yang mana acara itu akan diadakan pada hari yang sama dengan konsert iaitu 1 November 2014, Sabtu dari 12tgh hari di Paradigm Mall – Tajaan bersama ‘Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia’.

Sesi autograf Running Man akan dibuka kepada public tetapi hanya pemegang tiket VIP (RM729) sahaja yang dapat bertemu dengan bintang  kegemaran mereka secara dekat dan personal, dan juga akan mendapat poster bertanda tangan dari salah satu ahli yang dipilih secara rawak.

 Dengan bangganya ‘Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia’ dibawakan oleh ONE HD, dianjurkan oleh Urbanworks Media dari Korea, dengan tajuk ditaja oleh Hotlink, Cream-O, Red Bull Minuman Bertenaga No. 1 di Malaysia dan tajaan bersama Paradigm Mall.

Maklumat berkenaan ‘Running Man Autograph Session at Paradigm Mall’;
Tarikh: 1 November 2014, Sabtu
Masa: 12tgh hari
Lokasi: Paradigm Mall, Kuala Lumpur, Malaysia
Maklumat berkenaan ‘Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia’;
Tarikh: 1 November 2014, Saturday
Lokasi: Stadium Negara
Harga Tiket: RM729 (VIP), RM499 (CAT 1), RM429 (CAT 2), RM 299 (CAT 3), RM199 (CAT 4)

Tiket dijual melalui www.ticketcharge.com.my / 03-9222 8111

Untuk maklumat terkini berkanaan ‘Hotlink Race Start Season 2 in Malaysia ’,  setia bersama ONE HD di Astro Ch 393;  lawati laman sesawang ONE di (www.onetvasia.com/RaceStartMY); atau follow Facebook ONE dan akaun Twitter ONETVASIA.
 
Untuk menyertai keseronokan dan keterujaan acara ini, masukkan hashtag #RaceStartMY.

 
Join kami di:

Lima Babak Yang Tak Boleh Dilupakan Dalam Running Man

 Lima Babak Yang Tak boleh Dilupakan Dalam Running Man
Pernah tak bayangkan apabila Kim Jong Kook yang tiada rasa belas kasihan, Haha yang lucu, Song Ji Hyo yang licik, Jee Seok Jin yang banyak muslihat dan Lee Gwang Soo yang pandai bermain kotor, bergabung mempersembahkannya secara langsung? Kami yakin pasti ada gimik dan detik-detik lucu yang pasti akan membuat anda tertawa.  

“Race Start Season 2” yang akan diadakan di Malaysia pada November ini melibatkan lima-lima mereka, undi dan kongsikan babak-babak lucu yang anda mahu lihat secara langsung ketika konsert secara langsung nanti. Berikut adalah detik di dalam siri Running Man yang kami rasa tidak boleh dilupakan.
 
 
1) HAHA MENJADIKAN LAPORAN CUACA KE PERINGKAT YANG SETERUSNYA
 
Maklumat Tambahan
Episod: 20
Permainan: Laporan Kaji Cuaca Ekstrem
Tetamu: Kim Hee Chul

Dalam babak ini, Haha perlu menyampaikan laporan kaji cuaca dalam masa 5 minit dengan perasaan yang menyampah, marah dan gila pada yang sama dia perlu menahan angin, salji dan air yang kuat disimbah ke muka. Pada masa itu juga Haha juga berusaha untuk menang ke atas dua lawan yang berdaya saing iaitu Song Ji Hyo dan Gary.
 
 
2) TAHAP KETAKUTAN : LEBIH 9000!
Maklumat Tambahan
Episod: 69
Permainan: Memburu Belalang / Jae Suk (Acara menanggalkan tag nama)
Tetamu: Choi Min Soo
 
Di dalam babak ini, Haha dan Kwang Soo membuat mimik muka yang over apabila mereka melihat Choi Min Soo turut sama menyertai mereka dalam permainan. Choi Min Soo, Pemburu Running Man datang kembali bagi membalas dendam terhadap Yoo Jae Suk kerana telah berpaling tadah darinya dalam episod 53.
 

3) SPLIT TERAGUNG PADA ABAD INI
Maklumat Tambahan
Episod: 96
Permainan: Pertandingan Bola Sepak Adiwira Running Man (Running Man melawan Park Ji Sung dan Kwang Soo)
Tetamu: Park Ji Sung
 
Di dalam babak ini, Gary cuba mematahkan serangan kapten Park, namun cubaannya gagal dan menyebabkan kakinya terkangkang ‘split’ dan seluarnya terkoyak. Ketika permainan seterusnya, beliau berasa ragu-ragu untuk bermain melawan Kapten Park.
 
 
4) NO PANTS NO GAIN (Tiada Seluar Tiada Keuntungan)
Maklumat Tambahan
Episod: 126
Permainan: Perlawanan Antara Bintang
Tetamu: Choi Ji Woo
 
Ini merupakan saat paling kelakar Kwang Soo di dalam Running Man. Dia berlari dengan seluarnya terjatuh ketika berlawan dengan Choi Ji Woo. Seluarnya telah terkoyak ketika berlawan dengan Jong Kook di awal permainan dan ini menyebabkan dia berada dalam babak yang lucu ini.


5) CELUPKANNYA SEPERTI OREO
Maklumat Tambahan
Episod: 206
Permainan: Menyelesaikan Segitiga Misteri
Tetamu: Myung Hoon, Danny Ahn, Eun Ji Won, Moon Hee Joon, Kai, Se Hun, So You, Tae Min 

Terdapat beberapa babak yang memalukan di dalam episod ini, tapi tiada yang boleh dibandingkan dengan perlawanan gusti lumpur antara Sparta Kook dan Yoomes Bond. Disebabkan kekuatan Sparta Kook yang luar biasa, kekalahan Yoomes Bond sudah dapat dijangka. Tetapi Sparta Kook mahu mendera beliau dengan lebih lama. Sparta Kook telah memaksa beliau untuk mandi di dalam lumpur; menghayun dan memalukannya di depan kamera pada masa yang sama dia turut mengejek Sparta Kook secara lisan.
 
 
Sekarang anda dah pun menonton lima babak lucu itu, lihatlah secara langsung pada 1 November 2014 ini dengan lima bintang Running Man Jee Suk Jin, Kim Jong Kook, Haha, Lee Kwang Soo dan Song Ji Hyo. Nantikan setiap seorang dari mereka untuk menghibur dan memberikan kejutan kepada anda dengan telatah lucu mereka dalam permainan mencabar yang disediakan di atas pentas nanti.
 
 
“Race Start Season 2 In Malaysia” dibawakan kepada anda oleh One HD. Tiket sedang  dijual sehingga tarikh acara. Tiket berharga RM732 (VIP), RM 502 (CAT 1 Rockzone), RM 502 (CAT 1), RM 432 (CAT 2), RM 303 (CAT 3), RM 202 (CAT 4). Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan Konsert Running Man di Malaysia sila ke ejen tiket rasmi atau laman Facebook One HD.
 
 
Join kami di:

Selasa, 14 Oktober 2014

‘Remember Me’ Lagu Duet Pertama dan Terakhir Dari EunB Bersama HyunMin-A

‘Remember Me’ Lagu Duet Pertama dan Terakhir Dari EunB Bersama HyunMin-A


EunB Bersama HyunMin-A

SEOUL, 15 SEPT: Tiada lagi rahsia. EunB, 22 tahun, ahli kumpulan Ladies Code yang telah meninggal dunia akibat kemalangan yang penuh tragik baru-baru ini. Pemergiannya dan RiSe telah meninggalkan banyak kenangan manis kepada keluarga dan peminat-peminat Ladies Code, termasuklah pasangan duet akustiknya HyunMin-A yang telah merakam lagu bersamanya.

Selain bergerak aktif sebagai ahli kumpulan Ladies Code, mendiang EunB juga telah merakam sebuah lagu duet pada bulan Julai 2013 bersama HyunMin-A, seorang artis dan penghibur dari Malaysia yang kini telah mengorak langkah ke dalam industri K-pop sebagai seorang penyanyi. Perkara ini telah disahkan oleh wakil dari Polaris Entertainment bahawa lagu ini merupakan lagu duet pertama dan terakhir dari EunB yang pernah direkodkan.

Melalui perbualan antara HyunMin-A bersama ibu EunB semasa HyunMin-A hadir di majlis pengebumian EunB baru-baru ini, ibu EunB menyatakan bahawa mendiang EunB sangat gembira kerana terpilih untuk menyanyikan lagu duet bersama HyunMin-A. Tambahnya lagi, semasa EunB bersiap sedia untuk merakamkan lagu ini, EunB sentiasa bersenandungkan lagu ini di rumah dan kelihatannya sangat teruja untuk merakamkan lagu bersam HyunMin-A.
 
Tajuk lagu tersebut adalah “Remember Me” dimana ia sebenarnya dijadualkan pelancarannya pada akhir tahun ini selepas promosi lagu terbaru Ladies Code, “Kiss Kiss” berakhir.
Menurut pihak pengurusan HyunMin-A, Blessync Media, muzik video lagu duet tersebut dirancang akan melibatkan kedua-dua artis tersebut diikuti dengan rancangan realiti TV yang sedang dalam pembikinan dan kedua-dua artis ini sebagai watak utama. Walaubagaimanapun, dengan keadaan dan situasi sekarang , pihak Blessync Media sedang membuat penyusunan semula segala rancangn sebelum ini bagi memberi penghormatan kepada dua orang artis yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragik. Dengan kerjasama Polaris Entertainment, lagu duet “Remember Me” akan dilancarkan dengan konsep “EunB & RiSe Tribute”.

“Betul, ini merupakan lagu duet pertama dan terakhir yang pernah dinyanyikan oleh EunB bersama dengan artis lain. Sekarang, pihak pengurusan EunB masih lagi dalam keadaan sensitif dan berduka. Selepas waktu berkabung tamat dan mereka bersedia untuk membincangkan perkara ini lagi, kami akan memulakan perbincangan mengenai apa yang boleh kami lakukan dengan lagu ini”

“Tapi, sebelum perbincangan secara serius dimulakan, ia akan mengambil masa sebelum sebarang keputusan dibuat. Dan seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu-satunya cara yang boleh dibuat adalah mendedikasikan lagu ini sebagai memperingati / perhormatan kepada EunB. Untuk lebih jelas lagi, lagu ini akan menjadi lagu penghormatan kepada EunB. Tidak akan ada rakaman bersama artis lain,” kata Blake Shin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Blessync Media.

Blake memberi penjelasan dan memberitahu media kepentingan konsep “tribute” ini. “Kami ingin memastikan bahawa kami benar-benar memperingati artis-artis ini dan dedikasi mereka kepada muzik. Misi utama kami untuk “tribute” ini adalah bagi memastikan kedua-dua artis muda ini tidak dilupakan dan sentiasa ada di dalam hati peminat-peminat K-pop seluruh dunia.



HyunMin-A dan mendiang EunB selfie bersama

Bagaimana HyunMin-A, atau sebelum ini dikenali sebagai Ajieb Rosdi dari Malaysia boleh berkolaberasi bersama EunB sebagai rakan duet? Blake Shin menjelaskan bahawa HyunMin-A telah dilatih di M Net Academy. Ladies Code juga sedang menyiapkan album mereka dan mereka juga dilatih di situ. Jadi HyunMin-A dan EunB mengenali antara satu sama lain dan kemudiannya menjadi kawan. Tambah beliau lagi, lagu demo sebenarnya telah diberi kepada setiap ahli kumpulan Ladies Code tetapi pada akhirnya EunB lebih sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut dan juga HyunMin-A

“Memandangkan lagu ini merupakan lagu duet pertama dan terakhir dari EunB, kami merancang dari setiap aspek dan berusaha untuk mengambil dengan tindakan yang terbaik untuk lagu “Remember Me”. 
“Sekali lagi ia merupakan hasrat kami dan kami akan melakukan apa yang terbaik bagi memastikan kenangan manis mengenai artis muda ini akan sentiasa di dalam dihati para peminat..,” jelas Blake Shin.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai “Remember Me” dan maklumat maklumat yang berkaitan, anda boleh follow twitter HyunMinAjieb.
 

Artikel sumber oleh Blessync Media


 Join kami di:

Ahad, 12 Oktober 2014

‘My Lovely Girl’ Mempertemukan Rain dan Krystal di ONE HD



Pertama  & Eksklusif : Kemunculan semula Rain di kaca televisyen melalui ‘My Lovely Girl’ di One

Malaysia, 12 Oktober 2014 – Rain, bintang antarabangsa Korea kembali menemui peminat setelah berehat selama empat tahun. Beliau membintangi drama mini terbaru, My lovely Girl yang akan disiarkan di One.

Krystal dan Rain sebagai watak utama drama My Lovely Girl. (Osen)

Rain (Jung Ji Hoon) memegang watak utama di samping Krystal Jung (The Inheritors) yang juga merupakan ahli kumpulan K-pop wanita “f(x)”, ini merupakan kali pertama Krystal memegang peranan sebagai watak utama. Turut bersama mereka, dua ahli kumpulan Infinite – L (The Master’s Sun), vokal  kumpulan tersebut dan penari utama mereka, Hoya (Reply 1997). Drama romantik ini menjadi tumpuan peminat dan media dari Korea amnya kerana pemilihan pelakon yang terdiri daripada idola sebagai watak utama dan bertaraf antarabangsa di samping plot yang menarik.


Hoya dan L dari INFINITE turut membintangi drama My Lovely Girl

Drama ini berlatarbelakangkan industri hiburan di Korea. My Lovely Girl merupakan drama romantik yang mengisahkan dua individu yang mengubat luka percintaan mereka melalui muzik. Rain memegang watak sebagai Lee Hyun Wook, seorang penulis lagu-penerbit dan juga CEO sebuah agensi hiburan – watak yang dipegang beliau mempunyai persamaan dengan kehidupan apabila di luar skrin – seorang yang telah kehilangan orang yang tersayang akibat kemalangan. Pada awalnya, Lee Hyun Wook merupakan seorang yang bersahaja dan kemudian berubah apabila jatuh cinta dengan Yoon Se Na (Krystal Jung), seorang penyanyi yang juga merupakan adik perempuan bekas kekasihnya yang telah meninggal dunia.

Dengan menonton My Lovely Girl, penonton akan mendapat  gambaran sepintas lalu mengenai dunia hiburan idola k-pop  kegemaran mereka. Para peminat Krystal, penyanyi yang mencuba ke bidang lakonan dapat menyaksikan perubahan Krystal dari seorang yang glemer dan mempersona kepada seorang yang manis dan pemalu.
Rain telah bersedia untuk memukau penonton di seluruh Asia pada bulan Oktober ini melalui drama My Lovely Girl, eksklusif di ONE HD!
My Lovely Girl akan bersiaran mulai 22 Oktober di ONE HD (Astro B.yond saluran 393), bagi menggantikan drama Angel Eyes yang akan tamat tidak lama lagi. Drama ini akan ditayangkan setiap hari Rabu dan Khamis jam 8.55 malam.


Mengenai ONE

One merupakan saluran umum Asia yang pertama dari Sony Pictures Television Network, Asia, yang menyiarkan saluran kabel terkemuka di Asia seperti  AXN, Animax, Sony Entertainment dan beTV.
ONE menyiarkan drama-drama dan rancangan hiburan yang terkini secara eksklusif dan secara jangka yang pertama. Ianya termasuk tayangan perdana drama-drama yang terpilih,rancangan variasi dan persembahan muzik yang telah disiarkan antara 3-5 minggu di Korea. Penonton dapat menyaksikan bintang-bintang ternama dan  nama-nama yang terkemuka dalam industri hiburan Korea, dari idola-idola muda dan trendi hingga ke drama popular juga rancangan variasi terbaru dan  lagu-lagu k-pop yang hit.
Di samping itu juga, ONE sering membawa artis-artis dari Korea Selatan bagi tujuan promosi dan bertemu peminat. Antara acara yang telah berjaya termasuklah bintang-bintang drama Korea seperti Zo In Sung (That Winter, The Wind Blows), Lee Hyun Woo (To the Beautiful You), Lee Dong Wook (Scent of a Woman), Kim Sun-A (Scent of a Woman), Jang Hyuk (Midas) dan kumpulan K-pop Korea, BTOB; serta kejayaan aktiviti Running Man bertemu peminat di Singapura.
ONE HD merupakan saluran berdefinisi tinggi dimana boleh didapati di Australia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Sila layari www.onetvasia.com untuk maklumat lanjut.

 Join kami di:

Jumaat, 10 Oktober 2014

Luhan si Permata EXO-M Memfailkan Saman Terhadap SM Entertainment


10 Oktober 2014 - Setelah dunia K-Pop dikejutkan dengan berita berkenaan Jessica yang dikeluarkan dari kumpulan SNSD, kini ahli yang agak besar namanya dalam EXO, Luhan pula  ingin menarik diri dari EXO dan agensinya SM Entertainment.
 
Selepas Kris, kini Luhan pula meninggalkan ahli EXO. Kini EXO-M hanya tinggal 4 orang ahli sahaja.

Hari ni kecoh di laman sosial dan carian di Korea Selatan berkenaan isu Luhan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap SM Entertainment. Menurut Mahkamah Korea Selatan Tengah, Luhan telah memfailkan saman terhadap SM Entertainment hari ini pada pukul 9.00 pagi tadi. Kes ini juga dikatakan kes yang sama seperti kes Kris memfailkan saman terhadap SM Entertainment dahulu. Seperti dejavu dengan isu Kris dahulu, Luhan dikatakan mengalami masalah kesihatan dan tidak mampu mengikuti jadual aktiviti EXO yang ketat. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak secara baik dengan pihak SM Entertainment.

Kris juga pernah memfailkan saman kepada SM Entertainment sebelum ini


Pada bulan lepas, kecoh dengan khabar angin yang menyatakan Luhan mungkin keluar dari EXO kerana dia tidak kembali ke Korea Selatan bersama-sama ahli EXO yang lain. Namun, khabar angin itu menjadi tenang setelah ahli kumpulannya yang juga berasal dari China, Lay Yixing mengirim status di akaun weibonya yang menyatakan Luhan hanya berehat di Beijing.

Lay Yixing


Tetapi lain ceritanya hari ini, apabila Lay sekali lagi mengirim status yang menyatakan dia menerima keputusan Luhan dengan baik. Pos Lay berbunyi

"Kawan, selamat tinggal. Jika ada peluang kita akan buat persembahan bersama lagi! Sebagai kawan, saya menyokong segala keputusan yang awak buat. Semoga diberkati."

-Terjemahan dari Bahasa Inggeris  oleh Stacey_122 @ sment_exo

Status akaun Weibo Lay 10 Oktober 2014

Terjemahan dari Bahasa Mandarin kepada Bahasa Inggeris oleh Stacey_122 @ sment_exo
 
 
Dengan kata-kata itu cukup membuktikan, ahli-ahli EXO sudah mengetahui tentang niat Luhan untuk keluar dari SM Entertainment sebelum ini. Disebabkan ini jugalah peminat-peminat memberi reaksi dan bertelagah pendapat menyatakan perbezaan cara Kris dan Luhan keluar dari agensi. Ada menyatakan Lay tidak menyokong Kris seperti dia menyokong Luhan. Ada yang menyatakan Kris memfailkan saman tanpa perbincangan dengan ahli EXO yang lain, jadi dia seolah-olah mengkhianati EXO. Berlainan pula dengan Luhan yang sepertinya telah memberitahu kesemua ahli EXO berkenaan niatnya itu. Ini dapat dilihat pada persembahan terakhir Luhan bersama EXO di Beijing baru-baru ini. Pelbagai pendapat dan pandangan dan reaksi peminat yang dapat dilihat di laman sosial. Walau apapun sebarang keputusannya, dengan pakej yang ada pada Luhan, admin pasti dia akan berjaya di China sebagai selebriti dan peminat EXO sudah pasti tetap akan menyokong EXO dan Luhan.
 
Berkenaan isu kesihatan juga, admin berharap semoga Luhan dapat berehat dengan secukupnya. Bukan sahaja Luhan, malah kesemua ahli EXO dan idola-idola K-pop yang lain. Jangan terlalu kuat bekerja sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. Siapa tak sayang badan hoi!
 
EXO stan!! Hwaiting!! EXO stan himnae!!
 
Sumber: Osen

 Join kami di:

Untuk Pertama Kali Topp Dogg Mengadakan Showcase di Malaysia

“TOPP DOGG First Showcase 2014 Live in Kuala Lumpur, Malaysia”

 
 
Tarikh: 7hb Disember 2014,
Masa: 12.30 tengah hari
Lokasi: HGH Convention Center, Kuala Lumpur
  
Salah satu kumpulan idola yang dikeluarkan oleh Stardom Entertainment, Topp Dogg debut dengan lagu “Say It” dari album pertama mereka “Dogg’s Out”. Diikuti dengan lagu "Cigarette" serta lagu popular dengan tarian kipas, “Arario”. Berjaya menarik perhatian ramai peminat K-pop dengan dianggotai seramai 13 orang ahli iaitu Jenissi, P-Goon (Ketua), Seogoong, Gohn, Hojoon, Kidoh, Sangdo, Nakta, Hansol, B-Joo, Xero, A-Tom dan Yano. Kumpulan ini adalah salah satu kumpulan yang mempunyai ahli yang ramai seperti Super Junior. Dikenali dengan persembahan pentas dan rutin menari harian yang hebat, Topp Dogg boleh dikatakan adalah salah satu artis kumpulan idola yang sedang meningkat naik dalam industri muzik Korea sekarang. Bukan calang-calang idola yang hanya menampilkan paras rupa sahaja, mereka juga tidak kurang hebat dari segi vokal dan rap. Rapper dari kumpulan ini juga pernah terlibat dalam muzik rap underground dan juga pernah bekerjasama dengan rapper terkenal dari kumpulan idola lain seperti Rap Monster (BTS). Kidoh salah satu ahli yang sudah cukup berbakat dengan menulis dan mencipta lagu sendiri. Ini dapat dibuktikan apabila dia turut mengambil bahagian dalam mengeluarkan album solonya yang bertajuk “Small Album” pada September 2014 yang lalu.
 
Jazzy Group dengan bangganya membawakan anda showcase Korean Pop di Malaysia! “TOPP DOGG First Showcase 2014 Live in Kuala Lumpur, Malaysia 2014” akan diadakan di HGH Convention Center, Kuala Lumpur pada 7hb Disember 2014!
 
Selepas mereka berjaya dengan showcase mereka baru-baru ini di Korea Selatan, showcase yang bakal diadakan di sini adalah kali pertama Topp Dogg akan berada di Malaysia. 200 peminat bertuah pertama yang membeli tiket Zon VIP juga dapat menghadiri sesi autograf secara eksklusif bersama mereka! Ini adalah acara yang tidak seharusnya dilepaskan oleh ToppKlass. Peluang hanya sekali. Jadi, apa tunggu lagi!
 
Harga tiket adalah seperti berikut :  
 
Pelan Tempat Duduk (Seating Plan)
  • RM280 VIP (200 pembeli tiket yang pertama/terawal layak untuk menghadiri sesi autograf ekslusif bersama Topp Dogg. Tiket hanya boleh didapati di pejabat Jazzy Group) 
  • RM180 Zone A 
  • RM100 Zone B
*Semua harga tiket tertakluk kepada caj tambahan RM3 untuk yuran pemprosesan.
 
Tiket akan mula dijual pada 13hb Oktober 2014, 10.00 pagi. Tiket juga boleh didapati di laman sesawang TicketCharge.
 
Untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini mengenai “Topp Dogg’s Malaysian showcase”, lawati laman sosial rasmi Jazzy Group di Facebook, Twitter dan Weibo.
 
 Join kami di:




Khamis, 9 Oktober 2014

Peluang Untuk Bersekutu Atau Mencabar Ahli Running Man di "Race Start Season 2 Fan Meeting"


 
 
Berpeluang memenangi pengalaman sekali seumur hidup yang meletakkan diri anda dalam satu kumpulan atau menentang Kim Jong-kook, HAHA, Song Ji Hyo dan Jee Seok Jin dengan cabaran permainan yang sangat menyeronokkan. Selama ini hanya melihat mereka beraksi, berlawan, bersekutu, menikam dari belakang di televisyen sahaja. Nah! Sekarang inilah masanya. Peluang yang tidak boleh dilepaskan.
 
Apa yang perlu ada buat adalah dengan membeli tiket "Race Start Season 2 Fan Meeting"  sebelum 12hb Oktober ini untuk mendapatkan peluang sebagai pemenang bertuah.
Setiap kategori tiket akan ada pemenangya, jadi apa yang anda tunggu lagi?!
Kategori VIP : 4 pemenang bertuah
Cat 1 Rock Zone & Cat 1: 10 pemenang bertuah
Cat 2, Cat 3 & Cat 4: 2 pemenang bertuah
 
Untuk menyertai keseronokan dan keterujaan acara ini, gunakan hashtag #RaceStartMY dalam laman social anda.
Untuk keterangan lebih lanjut, sila lawati laman sesawang ONE TV Asia di www.onetvasia.com/racestartMY  Manakala untuk pembelian tiket secara talian, sila ke www.ticketcharge.com.my/en/component/k2/race-start-season-2-in-Malaysia.
 
Join kami di:
 
 
Ads