BEAST, 4Minute & G.Na bakal menggegar Stadium Putra Bukit Jalil

Leave a Comment
poster g.na beast 4minute concert


Nama seperti BEAST, 4Minute dan G.Na sudah tidak asing lagi di kalangan peminat K-Pop di tanah air. Seolah-olah mengimbas kembali dua tahun lalu di DiGi K-Pop Party, tiga artis di bawah naungan CUBE Entertainment sekali lagi kembali ke Malaysia untuk menjayakan 'AIA K-Pop Concert in Kuala Lumpur'.

Setelah kejayaan Konsert AIA K-Pop di Hong Kong pada Januari lalu, kini pada tanggal 27 Jun 2013, AIA memilih Malaysia sebagai destinasi kedua mereka untuk menghargai kakitangan, agen, pelanggan AIA dan tak juga kepada peminat K-Pop di sini. Konsert AIA yang akan berlangsung di Malaysia dalam masa yang sama untuk meraikan ulang tahun AIA yang ke-65. 4minute dan G.Na baru sahaja terlibat dalam 'K-pop Dream Concert' di Arena of Stars, Genting Highland pada bulan Mei yang lalu. Masih belum habis lagi demam 'K-Pop Dream Concert', 4nia dan G.Ni sudah pasti berasa sangat gembira kerana dapat bertemu mereka lagi pada bulan ini.

4minute telah mengungguli beberapa carta lagu di program-program muzik di Korea dengan lagu 'What's My Name'. Ini boleh dikatakan satu kejayaan terbaik sepanjang karier 4minute sejak mereka debut. Lagu yang dicipta oleh Brave Brothers ini benar-benar dapat menambat hati peminat baru malah konsep yang dikeluarkan adalah lebih garang. Kehadiran Hyuna dalam video klip PSY sememangnya berjaya memperkenalkan Hyuna secara tak langsung 4minute dikenali di kalangan peminat lagu 'Gangnam Style'.

Penampilan menarik dengan tubuh badan yang menawan bukan sahaja daya penarik G.Na tetapi juga dari segi bakat vokalnya. Dengan lagu debut "I'll Back Off So You Can Live Better" menunjukkan vokal wanita yang berasal dari Kanada ini tidak boleh diperlekehkan. Kembali dengan lagu 'Oops!' bersama Jung Ilhoon dari BTOB, sudah pasti akan membuatkan semua G.Ni cemburu dengan persembahan mereka berdua.

Sepanjang tahun 2012 di mana BEAST tidak pernah terlibat dalam apa-apa jua acara di Malaysia sedikit sebanyak membuatkan B2UTY di Malaysia berasa rindu dengan enam jejaka ini. Kerinduan B2UTY di Malaysia sememangnya akan terubat pada 27 Jun 2013 nanti. Populariti BEAST semakin meningkat naik di Korea sejak memenangi banyak anugerah berprestij di sana. Pernah diberi gelaran sebagai "Artis Kitar Semula', BEAST membuktikan kerja keras dari kegagalan mereka dahulu telah membuahkan hasil pada hari ini sehingga nama BEAST sudah sebaris dengan nama-nama artis besar di Korea. Kekuatan lagu seperti Breath, Shock, Fiction, Beautiful Night ditambah pula dengan gerak tari yang hebat membantu BEAST menempa nama di dunia K-Pop. BEAST diketahui akan membuat kemunculan kembali pada hujung bulan Jun ini. Will You Be Alright MYB2UTY?

Kepada masih yang belum mendapatkan lagi tiket AIA K-Pop Concert in KL. Jangan risau, walaupun ianya seperti Konsert tertutup, pihak AIA masih memikirkan peminat-peminat K-Pop di Malaysia. Anda masih lagi berpeluang untuk mendapatkannya di agen tiket berhampiran anda. Harga tiket juga tidak begitu mahal dan zon-zon yang ditawarkan amat berbaloi.




Pembelian tiket boleh didapati di www.ticketcharge.com.my
Untuk info-info lebih lanjut boleh melayari di www.aiakpop.com.my

Sumber: AIABhdMalaysia, ticketcharge, parallelmediagroup, MY4NIA, MYB2UTY, MY Royal G.Na

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan