Brian Joo ambil berat peminat di Malaysia

Leave a Comment

Baru-baru ini, penyanyi Brian Joo mengemaskini laman twitternya dan melahirkan rasa prihatin kepada para peminat di Malaysia berhubung masalah jerebu yang melanda. Dia menulis seperti berikut, "Kepada semua di Malaysia, saya akan berdoa untuk anda semua... Tak dapat bayangkan apa yang sedang dialami:( #PrayForMalaysia".


Beberapa jam kemudian, dia menulis lagi "Bimbang dengan semua yang berada di Singapura & Malaysia... Berdoa sekarang #PrayForMalaysia #prayforsingapore"


Terima kasih kepada Brian Joo yang prihatin kepada peminatnya yang berada di Malaysia serta Singapura. Kami di sini juga berharap cuaca akan bertambah baik dan jangan lupa pakai topeng muka, minum air kosong dan berehat. 

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan