G-Dragon dan TaeYang tweet di Malaysia

Leave a Comment
Konsert solo pertama G-Dragon di Malaysia telah selesai semalam dan kami masih lagi teruja dengan konsert yang bertenaga dari ketua kumpulan Big Bang itu.

Ini ialah tweet daripada G-Dragon dan Taeyang sepanjang mereka berada di sini.



Ini dari G-Dragon, sebelum tiba di Malaysia dan selepas konsert dia mengulang tweet daripada ahli band beliau. Nampak gaya mereka suka dengan sambutan peminat di Malaysia untuk konsert kali ini.

Sementara itu, Taeyang pula berkongsi gambar di bawah melalu instagram dan menulis "Bertolak ke Malaysia". Gambar bersama Charlie itu diambil in lapangan terbang Incheon. 

Dia juga ada berkongsi video di instagram tapi kami tak tau macam mana nak letak kat sini. Video tersebut boleh dilihat di sini. Dia menulis "Malay". Boleh dilihat yang mereka menaiki Korea Airlines dan duduk di kelas perniagaan (kalau tak silap lah).



Nantikan laporan kami mengenai konsert G-DRAGON 2013 WORLD TOUR [ONE OF A KIND] di Kuala Lumpur, Malaysia tidak lama lagi.

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan