Gambar Kim Jin Sung di 8TV Nite Live

Leave a Comment

Pada awal pagi Selasa yang lalu, Kim Jin Sung telah muncul dalam program 8TV Nite Live di 8TV untuk sesi promosi drama beliau "Autumn Di Hatiku". Bersama pengacara Baki Zainal dan Nadia memang tak kering gusi dibuatnya. Dah lama rasanya tak tengok program ni ceria dan selamba habis dengan artis undangan mereka.


Rupanya JS ni boleh berbahasa Indonesia dengan baik memandangkan dia ada mengambil pengajian Bahasa  Indonesia di universiti semasa dia belajar. Memandangkan bahasa Melayu tak jauh beza sangat dengan bahasa Indonesia, perbualan mereka boleh difahami walaupun JS ada loghat Indonesia sedikit.

Antara intipati perbualan mereka yang sempat kami tweet-kan di twitter kami:

Jin Sung "Tiap-tiap hari, jalan-jalan, berjumpa kawan saya." Comel kan JS bercakap dalam Bahasa Melayu. 27 tahun tau.
Baki: Kamu ada girlfriend nggak? JS: Tidak ada. Sudah berpisah.
Nadia: Jadi JS duduk di sini selama 2 bln lepas tu balik? JS: No! Nggak! Saya mahu duduk di sini selama-lama.
Baki: Siapa kegemaran JS dalam K-pop? JS: Dalam K-Pop. Saya suka K-Pop band. 2NE1 dan Big Bang.
"Datang dari Busan atau datang dari Seoul? Sayer dari Seoul. Tapi kampung saya di Busan."

Jika anda terlepas atau nak tengok kembali gelagat mereka bertiga boleh tengok di sini.

Autumn Di Hatiku akan bermula pada Rabu hadapan 3 Julai 2013, 12 tengahari. Setiap Isnin hingga Sabtu hanya di laman web www.tonton.com.my.

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.


0 ulasan:

Catat Ulasan