Jalur Gemilang di kek hari jadi Ryeo Wook pemberian peminat

Leave a Comment
Ryeo Wook dari kumpulan Super Junior telah menyambut ulang tahun yang ke 26 pada 21 Jun yang lalu. Dia berkongsi kegembiraan dan mengucapkan terima kasih kepada para peminat melalui twitternya.

Dia menulis, "Terima kasih kepada semua peminat Hong Kong ~^^ !!!!!  Kek Supershow5 di HK ㅋㅋ" beserta gambar berikut


Kek tersebut hadiah daripada peminat Super Junior di Hong Kong semasa mereka mengadakan konsert di sana baru-baru ini. Kek tersebut turut dihiasi dengan bendera  mewakili negara-negara yang akan mereka kunjungi dalam siri jelajah Super Show 5. Bendera Jalur Gemilang turut kelihatan di kek tersebut. 

Malaysia merupakan salah satu negara yang telah sah untuk siri konsert ini. Super Show 5 di Malaysia akan diadakan Stadium Merdeka pada 5 Oktober ini. Jualan tiket belum lagi diumumkan.

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan