Kim Jong Kook di stesen radio OneFM

Leave a Comment

Pada 13 Jun yang lalu, Kim Jong Kook telah tiba di Malaysia untuk Running Man Sparta Kim Jong Kook First Malaysia Showcase 2013 di sini.

Ramai yang teruja untuk melihat sendiri Kim Jong Kook dan kami di #buletinkpop pun begitu juga.

Beliau tiba di KLIA pada lewat petang hari Khamis dan terus memenuhi jadual kerjanya di sini iaitu menjadi tetamu di stesen radio berbahasa Cina One FM di Sri Pentas, Bandar Utama.

Kami "kebetulan" berada di sekitar situ mengambil keputusan untuk pergi ke Sri Pentas. 

Beliau tiba di Sri Pentas dalam pukul 8.15 malam dan menyapa peminat  yang telah menanti kehadiran Kim Jong Kook sejak awal lagi. 

Beliau dibawa pergi ke studio rakaman untuk sesi rakaman dan 30 minit kemudian tiba di konti radio OneFM untuk sesi temuramah yang bermula pada pukul 9 malam.

Beliau begitu murah dengan senyuman dan sentiasa melambai kepada peminat. Walaupun peminat dihalang untuk mengambil gambar Kim Jong Kook oleh pengawal peribadi yang bertugas tapi beliau tetap memberi senyuman jika terperasan dengan reaksi peminat.

Untuk lagi gambar semasa di konti stesen radio OneFM, boleh tengok di sini.

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan