Kolaborasi YUNA dan BIG BANG untuk Kakao Talk

Leave a Comment
Yuna Big Bang kakaotalk daesung g-dragon top seungri taeyang


Selepas dikejutkan dengan kehadiran dari pelakon hebat dan ahli kumpulan Super Junior, Siwon untuk iklan LINE, sekali lagi Malaysia disapa Big Bang dengan kolaborasi mereka bersama artis kesayangan Malaysia, Yuna. Iklan promosi ini telah menular dan sudah ditayangkan di kaca TV.




Perkhidmatan utusan telefon bimbit yang berkembang pesat di Korea, Kakao Talk ini telah ditubuhkan sejak bulan Mac, 3 tahun yang lalu oleh Kim Bum Soo. Secara rasmi mereka telah memperkenalkan perkhidmatan penghantaran teks dengan  mudah dan menyeronokkan ini untuk pengguna telefon di Malaysia. Kakaotalk juga mengendalikan perkhidmatan berkomunikasi secara berkumpulan dan panggilan secara percuma!

Yuna juga sempat berkongsi di laman sesawang twitternya, menyatakan bahawa pengalaman dan proses rakaman bersama krew amat lancar dan menyeronokkan. Sebelum video dan iklan ini didedahkan, Yuna sendiri mengesahkan rakamannya telah dibuat di LA pada 12 May 2013. 
Video-video yang selebihnya boleh ditonton di KakaoTalkMY1
Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan