Konsert Jelajah Dunia Infinite akan tiba di Malaysia?

Leave a Comment

Banyak artis Korea akan mengadakan konsert jelajah di Asia atau dunia. Kami sentiasa menantikan berita ini, mana tau mereka akan singgah ke Malaysia atau sekadar tinggal harapan sahaja.

Baru-baru kumpulan idola INFINITE telah mengadakan pengumuman rasmi yang mereka akan mengadakan konsert jelajah buat pertama kali yang bergelar 2013 INFINITE 1st World Tour - One Great Step. 

Teaser juga telah ada dan boleh dilihat di bawah. Kami ternampak Kuala Lumpur merupakan salah satu tempat persinggahan yang mereka. 



Hasil rondaan kami di laman peminat dan lain-lain, konsert di Malaysia akan diadakan pada bulan Oktober dan tarikh serta lokasi belum diumumkan lagi. Tapi ini hanyalah ramalan sahaja.

Kalau betul pun, sempat lah para peminat INFINITE yang bergelar Inspirits nak simpan duit. Jangan habiskan duit raya anda tau.

Ini merupakan kali kedua INFINITE menjejakkan kaki di Malaysia selepas hadir untuk Golden Disk Awards awal tahun ini.

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan