NOTIS :

BuletinKpop kini diubah kepada templat Blogger yang asal buat sementara waktu.
BuletinKpop akan kembali dengan wajah yang baru dalam masa yang terdekat. Harap maklum.

Selasa, 4 Jun 2013

Pelakon Tampan Korea Membintangi Drama Tempatan?

Baru-baru ini kami melihat gambar-gambar di Facebook Tonton dan ada seorang jejaka tampan Korea yang dikatakan sedang membuat penggambaran untuk sebuah drama tempatan.


Kim Jin Sung Korea actor handsome


Hasil risikan kami, pelakon ini yang bernama Kim Jin Sung akan muncul dalam drama yang berjudul 'Autumn di Hatiku'. Jangan salah sangka pula dengan drama yang popular satu ketika dahulu 'Autumn in My Heart'.


Kim Jin Sung Korea actor hanez suraya aiman radzi


Kim Jin Sung akan memegang watak utama di samping pelakon wanita Hanez Suraya, Aiman Hakim dan Anas Ridzuan. Drama romantik komedi ini akan disiarkan pada 20 Jun ini dan ekslusif di laman web www.tonton.com.my

Sedikit info mengenai Kim Jin Sung, dilahirkan pada tahun 1986. Merupakan seorang model sepenuh masa dan pernah berlakon dalam drama terkenal IRIS sebagai pelakon tambahan.

Mari tengok Jin Sung cuba bercakap dalam Bahasa Melayu di Keek Hanez Suraya 

Video promo 1 Video Promo 2

Sumber : Tonton Facebook, Hanez Suraya


Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ads