Perkembangan Terkini Tiket: G-DRAGON 2013 1st WORLD TOUR: ONE OF A KIND IN MALAYSIA

Leave a Comment
Mesti ramai dah tak sabar untuk menyaksikan konsert solo pertama G-Dragon di Malaysia. Hanya kurang dari 3 minggu sahaja. Dengan suasana parti yang hanya konsert luar sahaja yang dapat dirasai, bergabung dengan tenaga dan semangat penonton Malaysia dan tentu sekali GD! Konsert ini pasti akan menjadi kenangan buat semua.

g-dragon concert poster one of a kind

Berikut ialah perkembangan terkini mengenai konsert:

Perkembangan tiket
CAT 1 VIP: HABIS DIJUAL
CAT 3 RM388 : HABIS DIJUAL
Kategori Baru: CAT 5 RM458

Dengan tiket-tiket untuk kategori 3 yang habis dijual, zon duduk kini tiada lagi. Untuk mereka yang masih belum lagi mendapatkan tiket, pihak penganjur telah menyusun susunan tempat duduk dan mencipta satu kategori baru iaitu CAT 5 RM458. Menurut penganjur lagi, keselamatan peminat merupakan perkara penting dan mereka akan memastikan terdapat tempat yang cukup untuk zon XZone

Diskaun Maybank
Maybank akan mengadakan promosi untuk ahli kad mereka dari 7-16 Jun. Berikut adalah maklumat:
- 15% diskaun untuk kategori 2-5 bagi ahli kad Maybank
- Pembelian untuk minimun 2 tiket
- Sah untuk pembelian dari 7 - 16 Jun 2013
- Lawati untuk www.runningintothesun.com lebih info

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan