Phamily Day menyatukan para peminat YG Family

Leave a Comment
yghype fans malaysia

Pada hari Ahad yang lepas, Phamily Day telah berlangsung di Parkamaya, Fahrenheit 88.

Terdapat pameran album yang didedikasikan kepada YG Family yang merangkumi album dan barangan rasmi artis YG Family sejak awal penubuhan syarikat YG sehingga sekarang.

Pelbagai aktiviti juga diadakan untuk peminat yang hadir. Ada pertandingan Cosplay di mana peserta meniru artis kesayangan mereka dan menunjuk bakat mereka. 

yghype fans malaysia 
yghype fans malaysia

Ada pertunjukan daripada kumpulan tarian, projek peminat untuk konsert GD yang akan datang dan macam-macam lagi.

Selama ini, peminat hanya sekadar kenal di twitter atau facebook dan kini mereka dapat bertemu dan mengeratkan lagi hubungan di antara satu sama lain. Ada yang datang dari Johor semata-mata untuk menghadiri acara ini.

Nak tengok lagi gambar boleh klik sini.

Terima kasih kepada YG-Hype yang sudi menjemput kami ke acara ini. Diharap Phamily Day akan menjadi acara tahunan yang dapat dihadiri oleh para peminat. 

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan