Prepix menjadi juri dalam pertandingan Showdown 2013 di 8TV

Leave a Comment
prepix showdown 8tv

Pada hari Ahad yang lalu, sedang kami menonton program realiti tarian Showdown 2013, tiba-tiba terdengar nama yang agak biasa kedengaran. Rupa-rupanya Prepix menjadi juri pada malam tersebut.

Bagi yang tidak kenal siapa Prepix, beliau ialah pereka tari terkenal di Korea. Beliau telah mereka tarian untuk kumpulan idola B2ST, Jay Park dan ramai lagi.

Sedikit CSI dilakukan melalui laman sosial media beliau dan 8TV, kami mendapati yang Prepix akan berada di Malaysia untuk Showdown 2013 dari 14 hingga 24 Jun dan juga pada 5 hingga 7 Julai ini.

prepix showdown 8tv

Dia juga sempat mengadakan bengkel tarian pada Isnin yang lalu kepada mereka yang berminat menjadi penari seperti dia.

Jangan lupa menyaksikan episod seterus Showdown 2013, kalau nak menyaksikan komen-komen yang akan diberikan kepada mereka yang bertanding.

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan