Sensasi Youtube Jung Sung Ha kembali ke Malaysia untuk konsert jelajah

Leave a Comment



Ini bukan pertama kali buatnya untuk turun dan membuat lawatan di Malaysia. Sebelum ini, selain di Kuala Lumpur & Pulau Pinang, dia juga telah mengadakan sebuah persembahan mini di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun lepas.



Bermain gitar sejak usia 9 tahun, Sungha Jung kini, 17 tahun telah memperluaskan bakat dan hasil karyanya sehingga ke Eropah. Selain kerjayanya sebagai pemetik gitar, dia juga telah mencuba bakatnya sebagai pelakon dan telah memegang watak tambahan untuk filem 'The Sucide Forecast' dibawah arahan Jo Jin Mo pada dua tahun yang lalu. Albumnya yang ketiga yang berjudul 'Paint It Acoustic' telah berjaya dikeluarkan pada bulan April yang lepas. Antara lagu melodi  menerusi album terbarunya itu ialah 'Felicity'.

Sungha juga dikenali sebagai peminat Big Bang & 2NE1. Buktinya, dia sendiri telah mengubah semula susunan lagu-lagu dari mereka. Impiannya telah tercapai apabila mendapat tawaran untuk berkerjasama bersama 2NE1 untuk lagu mereka 'Lonely' dan 'I Love You'. Malah dia juga dapat berkolaborasi di atas pentas bersama salah satu idolanya sendiri iaitu G-Dragon. Ianya suatu penghormatan dan sokongan dari idola dan artis kegemaran Sungha sendiri. 


Laman youtube rasmi Sungha Jung Untuk maklumat lebih lanjut, Sungha Jung Official Fanpage dan TicketPro.

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan