TaeYang akan hadir di konsert G-Dragon #ONEOFAKIND di Kuala Lumpur

1 comment

Baru-baru ini YG Entertainment telah membuat pengumuman melalui twitter rasmi mereka yang Taeyang akan menjadi tetamu khas untuk konsert jelajah dunia G-Dragon 2013 di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 22 Jun ini.


Siapa yang tidak kenal Taeyang? Salah seorang daripada ahli kumpulan Big Bang yang turut dianggotai oleh G-Dragon selaku ketua. Ini merupakan kunjungan Taeyang kali kedua selepas konsert Big Bang Alive Galaxy Tour pada tahun lalu.

Taeyang juga turut teruja seperti yang dinyatakan di twitter beliau.




Sebelum itu, penganjur konsert juga membuat pengumuman perkembangan jualan tiket konsert tersebut di sini. Beberapa zon tiket telah habis terjual dan mereka membuka zon baru khas untuk menampung permintaan peminat. 

Adakah anda sudah bersedia untuk menyaksikan persembahan Taeyang semasa di konsert itu nanti? Jangan lupa dapatkan tiket jika anda masih belum memilikinya. 

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

1 ulasan:

  1. ohhh giler lar i'll b at GD tour in Singapore sooonnnnn!!! arghhh taeyang will b there also heard it b4 actually..cant wait!!! btw thanks 4 visiting mine keep on for the KPOP Dream concert 2013 live in Msia post soonnnn...;) heheh die hard fan is here lor

    BalasPadam