Teaser dan poster Kim Jin Sung untuk drama Autumn Di hatiku

Leave a Comment

Teruja kami tengok poster Kim Jin Sung untuk drama terbaru Autumn Di Hatiku ini. Terasa ceria seperti di musim bunga pula. Cewah, macam Malaysia beriklim 4 musim. Gaya yang ringkas dan berlatar belakang macam di kafe atau restoran sahaja.

Terdapat juga poster bersama dengan pelakon yang turut menjayakan drama ini iaitu Aiman Hakim, Hanez Suraya, Ezzaty Abdullah dan Anas Ridzuan. 

Teaser untuk JS pula hanya menunjukkan video dengan dia tersenyum. Senyuman dia mampu mencairkan si gadis sekalian.

Autumn Di Hatiku akan bermula pada Rabu hadapan 3 Julai 2013, 12 tengahari. Setiap Isnin hingga Sabtu hanya di laman web www.tonton.com.my.

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.


0 ulasan:

Catat Ulasan