YG-Hype Malaysia menjemput peminat YG Family ke Phamily Day~

Leave a Comment
Anda peminat Big Bang, 2NE1, Epik High, Lee Hi dan para artis dari YG Entertainment? Jika ya, anda dijemput untuk menghadiri Phamily Day anjuran YG-Hype Malaysia!

Tarikh: 7 Jun - 16 Jun
Masa: 10 pagi - 10 malam
Lokasi: Event Hall, Aras 3, Parkamaya, Fahrenheit88 Kuala Lumpur

yg hype poster

Apa itu H.Y.P.E?
<Hello YG Phamily Exhibition> (H.Y.P.E.) ialah pameran album didedikasikan kepada YG Family. Pelbagai album dan barangan dari artis YG Family akan dipamerkan dan ini akan mengimbau kembali sejarah syarikat YG sejak tahun 1996. Pameran ini akan berlangsung dari 7 Jun sehingga 16 Jun.

Apa itu Phamily Day?
Hari perasmian pameran ini ialah <Phamily Day> yang akan berlangsung pada 9 Jun, Ahad ini. Kelab peminat YG akan membuat pameran dan banyak aktiviti akan berlangsung seperti tiru gaya artis, persembahan, projek peminat dan lain-lain yang akan diumumkan kelak.


Untuk maklumat lanjut boleh singgah di Facebook YG-HYPE!


Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan