Gambar Kim Jin Sung segak berbaju Melayu

Leave a Comment

Berdasarkan perkembangan terkini yang dikongsi oleh Tonton di Facebook mereka dapat diperhatikan yang pelakon utama drama Autum Di Hatiku iaitu Kim Jin Sung, Hanez Suraya dan Ezzaty Abdullah sibuk melakukan sesi penggambaraan untuk promosi drama ini.

Memandangkan kita akan menyambut Hari Raya dua bulan lagi, mungkin ini semua untuk sesi bergambar Hari Raya. Jarang kita dapat tengok orang lelaki Korea memperagakan pakaian tradisional Melayu ini.

Wah, tengok Kim Jin Sung kacak dan segak berbaju Melayu. Yang pertama berbaju biru dan bersampin. Diikuti dengan warna merah dan akhir sekali berwarna hijau pucuk pisang. Mana satu pilihan anda? Ada juga aksi romantis di antara JS dan Hanez Suraya.

Autumn Di Hatiku ditayangkan pada 12 tengahari. Setiap Isnin hingga Sabtu hanya di laman web http://www.tonton.com.my/#/home/channels/original. Sila gunakan tanda pagar #AutumnDihatiku untuk instagram, twitter dan facebook anda.

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan