Gambar Kim Jong Kook bertemu peminat di Paradigm Mall

Leave a Comment

Aktiviti terakhir Kim Jong Kook di Malaysia ialah sesi bertemu peminat di pusat membeli belah Paradigm Mall yang terletak di Kelana Jaya pada 15 Jun yang lalu. Dia juga telah mengadakan sesi temuramah bersama one FM.

Acara tersebut dijadualkan bermula pada pukul 2 petang, tetapi para peminat sudah memenuhi ruang legar  dan turut memenuhi dua tingkat di bahagian atas kerana ruang legar telah penuh dengan peminat.


Kami tak sangka begitu ramai peminat yang hadir dan susah kami untuk mencari tempat yang sesuai untuk melihat Kim Jong Kook apa tah lagi untuk mengambil gambar. 

Kim Jong Kook tiba dan mendapat sorakan dari peminat. Kami tak dapat melihat beliau dari jarak yang jauh, hanya mampu melihat di sebalik tablet dan kamera mereka yang berhampiran.

Dia bertanyakan khabar peminat dan terus mengadakan sesi tandatangan. Acara itu berjalan lebih dari dua jam. Serius kami tak tipu. Dia tak penat dan sentiasa senyum kepada peminat. Apabila tangannya mulai letih, dia akan melambai kepada peminat yang tidak menyertai acara tandatangan ini.

Apa yang dapat kami perhatikan, Kim Jong Kook akan menulis nama dan mesej ringkas buat peminat. Walaupun pihak pengurusan acara menggesa agar dia hanya menurunkan tandatangan tapi tidak dieendahkan oleh Kim Jong Kook.

Mentang-mentang lah cuaca di Malaysia ni panas sepanjang tahun, Kim Jong Kook memakai baju berlengan panjang dan berseluar pendek putih sahaja.

Diharap Kim Jong Kook rasa terharu dan gembira dengan reaksi peminat sepanjang dia berada di Malaysia. Dia memang lelaki yang budiman dan tahu menjaga hati peminat. Oppa, saranghae!

Untuk lagi gambar semasa di acara ini, boleh tengok di sini.

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan