Kaedah Bayaran Balik: 2013 Asia Super Showcase in Malaysia

Leave a Comment

2013 Asia Super Showcase in Malaysia yang dijadualkan pada bulan Mei yang lalu, tapi atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan konsert tersebut telah ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Artis-artis yang telah dijadualkan untuk membuat persembahan ialah Shinhwa, Girls' Generation dan AOA.

Mesti ramai yang tertanya-tanya bila penganjur 2013 Asia Super Showcase in Malaysia akan membuat pembayaran balik kepada pembeli tiket. Berikut ialah cara-cara untuk menuntut balik bayaran anda.

Menurut penganjur, mereka masih lagi tidak mendapat pengesahan dari pengurusan artis mengenai penjadualan semula acara ini, oleh itu mereka mengambil keputusan untuk meneruskan dengan bayaran balik sebelum pengumuman penjadualan semula acara ini.

Pembeli tiket boleh mula menghantar permohonan mereka mula 22 Julai 2013 (Isnin) sehingga 22 Ogos 2013 (Khamis). Pembayaran balik hanya akan dilakukan selepas tarikh tutup tamat dan akan mengambil masa sebulan. Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan selepas sesi permohonan tamat.

BAYARAN BALIK BAGI PEMBELIAN MELALUI INTERNET / PUSAT PANGGILAN

Langkah 1: Muat turun dan isi borang bayaran balik tiket
Langkah 2: Bagi mereka yang telah mengambil tiket: Tandakan pangkah (gunakan pen penanda) atas tiket. Bagi mereka yang belum mengambil tiket: Sila 'forward' emel pengesahan dengan nombor siri seperti dinyatakan dalam langkah 4.
Langkah 3: Imbas atau ambil gambar kad pengenalan / paspot anda
Langkah 4: Imbas dan email semua borang permohonan, tiket atau emel pengesahan dan kad pengenalan/paspot seperti yang dinyatakan di atas kepada assm2013.refund@gmail.com

BAYARAN BALIK BAGI PEMBELIAN TIKET VIP

Langkah 1: Muat turun dan isi borang bayaran balik tiket
Langkah 2: Bagi mereka yang telah mengambil tiket VIP: Tandakan pangkah (gunakan pen penanda) atas tiket. Bagi mereka yang belum mengambil tiket VIP: Sila 'forward' emel pengesahan dengan nombor siri seperti dinyatakan dalam langkah 4.
Langkah 3: Imbas atau ambil gambar kad pengenalan / paspot anda
Langkah 4: Imbas dan email semua borang permohonan, tiket atau emel pengesahan dan kad pengenalan/paspot seperti yang dinyatakan di atas kepada assm2013.refund@gmail.com

Nota: Borang yang tidak lengkap diisi atau tidak mempunyai maklumat tepat akan melambatkan lagi proses bayaran balik.


Maklumat lanjut mengenai prosedur bayaran balik sila lawati www.ticketcharge.com.my and www.marctensia.com / www.facebook.com/MarctensiaConcerts. Borang bayaran balik boleh didapati untuk dimuat turun melalui www.ticketcharge.com.my and www.marctensia.com.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila tulis kepada email assm2013.refund@gmail.com atau hubungi 03-2092 1199 / 03-9222 8811

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan