Lagi Gambar Kim Jin Sung untuk drama Autumn Di Hatiku

Leave a Comment
Beberapa gambar Kim Jin Sung telah dikongsi bersama oleh Tonton di laman Facebook mereka. Ini untuk drama terbaru Tonton Autumn Di Hatiku

Dalam drama ini, Kim Jin Sung memegang watak sebagai Autumn dan Hanez Suraya sebagai Nina. Adakah mereka ini hanya sekadar kawan atau lebih dari itu? 

Aiman Hakim pula sebagai Zidick. Adakah mereka bertiga berkawan atau dia menaruh hati terhadap Nina? 

Setakat ini, kami suka cara drama ini diperkenalkan atau dipromosikan. Para pelakon telah muncul untuk sesi temuramah di televisyen dan radio serta rancangan lewat malam 8TV Nite Live. Poster gambar dengan watak pelakon juga diperkenal lebih awal lagi. Ini mengingatkan kami kepada gaya promosi drama di Korea.

Autumn Di Hatiku akan bermula pada Rabu ini 3 Julai 2013, 12 tengahari. Setiap Isnin hingga Sabtu hanya di laman web www.tonton.com.my.

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.




0 ulasan:

Catat Ulasan