Perlumbaan Bermula di Malaysia: Perjumpaan Peminat bersama RUNNING MAN

Leave a Comment
Selepas desas-desus sejak tahun lepas mengenai kedatangan Running Man ke Malaysia. Kini telah terjawab persoalan yang bermain di minda. Ya, mereka akan bertemu dengan peminat di Malaysia pada 7 September 2013 ini bertempat di KWC Fashion Mall.


Ahli-ahli Running Man yang akan hadir dan menghiburkan peminat nanti ialah Kim Jong Kook, HaHa, Gary dan Ji Suk Jin.

Para peminat pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan bintang-bintang Korea ini menunjukkan bakat mereka dan nantikan kejutan istimewa buat peminat. Atas permintaan peminat yang menggalakkan, separuh daripada tempat duduk telah ditempah dan selebihnya dijangka akan habis dijual memandangkan tempat adalah terhad.

Jualan tiket untuk Race Start! in Malaysia. Running Man Fan Meeting Asia Tour 2013 akan bermula pada 20 Julai 2013. Majlis pelancaran tiket akan diadakan untuk menampung pembelian tiket yang dijangka mendapat sambutan hangat sebaik sahaja sedia untuk jualan. Hanya tiket untuk Premium dan VIP sahaja boleh didapati semasa pelancaran. Tempahan atas talian boleh didapati melalui TicketCharge mulai 21 Julai 2013.



Maklumat tiket:
Pakej : Premium
* Sesi Hi-5 dan autograf
* Beg kertas edisi terhad RM
* Poster edisi terhad RM

VIP 469
* Beg kertas edisi terhad RM
* Poster edisi terhad RM
* 20 peminat akan dipilih menghadiri sidang media melalui cabutan bertuah

369
* Beg kertas edisi terhad RM
* Poster edisi terhad RM

269
* Poskad edisi terhad RM
* Poster edisi terhad RM

169
** Poster edisi terhad RM sementara stok masih ada

Maklumat pelancaran tiket:
Tarikh : 20 Julai 2013
Masa : 11pagi - 5petang
Tempat : Tingkat 15, Star Stage, KWC Fashion Mall

Untuk maklumat lanjut dan pantas sila ikut Big Pocket Group di Facebook dan Twitter.

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE dan kongsikan bersama rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan