Pra-Jualan Tiket untuk Sesi Bertemu Peminat bersama Running Man di Malaysia

Leave a Comment
Para runners sekalian, sudah bersedia untuk bertemu Kim Jong Kook, Haha, Ji Suk Jin dan Gary? Tengoklah poster yang ceria di atas. Setiap watak kartun amat kena dengan mereka.

Jualan tiket untuk RACE START! RUNNING MAN FANMEETING IN MALAYSIA akan dilancarkan pada Sabtu ini, 20 Julai bermula pukul 11 pagi sehingga 5 petang. Majlis khas ini telah diatur untuk menampung permintaan peminat sebaik sahaja tiket mula dibuka untuk jualan. Hanya tiket bagi kategori Premium dan VIP sahaja boleh didapati semasa pelancaran ini. Penempahan atas talian hanya boleh didapati melalui TicketCharge bermula pada 21 Julai 2013.

Maklumat pra-jualan seperti berikut:

Tarikh: 20 Julai 2013 (Sabtu)
Masa: 11.00 a.m – 5.00 pm
Tempat: 15th Floor. Star Stage, KWC Fashion Mall

Maklumat tiket :
Premium & VIP 469

Manakah tempat yang akan menjadi pilihan anda?
Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan