Sekilas Pandang: Autumn Di Hatiku Episod 1-4

Leave a Comment

Drama bersiri komedi romantik ini mengambil inspirasi daripada fenomena gelombang K-Pop yang sedang melanda Malaysia. Ia juga telah menjadi program yang paling popular di Tonton sebaik sahaja disiarkan mulai 3 Julai yang lalu.

Episod 1-4 drama ini boleh ditonton di SINI.

Sinopsis:

Autumn Di Hatiku berkisarkan mengenai Nina, lakonan Hanez Suraya yang merupakan peminat fanatik K-Pop. Nina mempunyai seorang teman serumah yang juga merupakan kawan baiknya yang bernama Jaja, lakonan Ezzaty Abdullah. Nina dan Jaja mempunyai minat yang sama iaitu gemar kepada drama Korea dan dilanda demam K-Pop. Kemunculan Park Au Tumn atau Autumn, lakonan Kim Jin Sung ke tempat kerja Nina membuatkan Nina jatuh hati kepada Autumn. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian Autumn, Nina mendapatkan pertolongan Zidick, lakonan Aiman Hakim Ridza yang merupakan rakan sekerjanya yang pernah menetap di negara Korea.


Pendapat kami:
Kenapa pendek sangat, 5 minit sahaja. Untuk episod yang awal ni, ulang banyak kali sebab kami sibuk mengesan semua poster dan barangan artis K-Pop di dalam drama ini. Baik dari stokin Nina hinggalah ke poster di dinding dan bantal di katil. Tapi watak diperkenalkan dengan baik di awal episod. Wajah kacak dan mahir bertutur dalam bahasa Melayu merupakan markah bonus dan percubaan yang baik dari JS yang julung kali memegang watak utama dalam drama ini.

Memang drama ini ada semua elemen dari drama romantik Korea. Lelaki tampan mewarisi syarikat keluarga  (Autumn). Gadis perwatakan biasa tetapi bersemangat waja menempuh cabaran hidup (Nina), kawan perempuan yang sanggup membantu dalam apa jua keadaan (Jaja), kawan lelaki yang menaruh hati pada watak utama tapi sanggup menolong demi kebahagiaan kawan (Zidick) dan kawan lelaki yang gila-gila tapi baik hati (Kai).

Apa pendapat anda pula untuk episod 1-4. Sila tinggalkan komen di bawah.

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan