Sekilas Pandang: Autumn Di Hatiku Episod 5-12

Leave a Comment

Sebenarnya kami salah kira episod ni. Lupa pula yang masa mula ditayangkan terus 3 episod. Kali ni kita akan bincangkan untuk episod seperti di atas sekali jalan. :)

Episod 5-12 drama ini boleh ditonton di SINI. Kalau nak tengok video dan gambar esklusif sila pergi ke laman rasmi Autumn Di Hatiku, serius tak tipu macam-macam ada.

Sinopsis:
Apabila Nina (Hanez Suraya) mulai buntu memikirkan cara untuk memikat hati Autumn (Kim Jin Sung), Zidick (Aiman Hakim Ridza) muncul menyelamatkan keadaan. Nina mulai memujuk, memaksa dan mengugut Zidick supaya membantunya memikat hati Autumn. Jaja (Ezzaty Abdullah) menyamar sebagai Nina untuk mengetahui peribadi Autumn.

Nina dan Zidick memerhatikan Jaja serta Autumn dari jauh namun mereka tiba-tiba diganggu oleh Kai (Anas Redzuan). Impian Nina tercapai apabila dia dapat bersama dengan Autumn walaupun cuma sementara. 

Nina cuba melawan perasaan gementarnya semasa dia berbual dengan Autumn buat kali pertama. Bagi membalas budi Zidick, Nina berpura-pura menjadi teman wanitanya apabila Zidick bertemu dengan neneknya.Nina mendapat panggilan telefon yang bakal mengubah masa depannya. Namun, adakah berita tersebut baik buat Nina?


Pendapat kami:
Pendek, tapi semua elemen ada. Imaginasi Nina ni kadang-kala agak melampau. Lenggok Korea tu memang ada pada Autumn, tapi bahasa Melayu dia memang fasih.

Drama ini mula mendapat tempat di hati peminat drama Korea di Malaysia. Kami berharap drama ini boleh didapati dalam sarikata berbahasa Inggeris agar lebih ramai lagi peminat dapat menonton drama ini.

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.


0 ulasan:

Catat Ulasan