SHINee dilantik duta Mstar Online untuk Malaysia

Leave a Comment

Mula-mula bila baca berita ini, ingatkan Mstar ialah nama laman portal berita di Malaysia. Tapi sebenarnya bukan. Mstar yang dimaksudkan ialah permainan tarian atas talian yang berpengkalan di Singapura.

SHINee telah dipilih untuk menjadi duta permainan ini untuk Singapura dan juga Malaysia. Adakah ini bermakna kita dapat melihat SHINee di sini untuk sesi promosi? (Jangan berhenti berharap).

SHINee dipilih kerana konsep mereka memang kena dengan apa yang dicari oleh Mstar. Pelbagai rangka promosi telah dan akan dijalankan untuk menarik lebih ramai pengguna baru menyertai permainan ini.



Nantikan maklumat lanjut yang akan diberitahu kelak melalui laman Facebook dan website dimana peminat SHINee boleh memenangi barangan SHINee.

Saksikan juga di sebalik tabir pembikinan iklan Mstar bersama SHINee.



Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan