Sidang Media: G.Na, 4Minute dan BEAST di Konsert AIA K-POP 2013

Leave a Comment

Ini ialah semasa sidang media untuk Konsert AIA K-Pop 2013 yang telah diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil sebelum konsert berlangsung. Sidang media dihadiri oleh semua artis yang membuat persembahan iaitu BEAST, 4Minute dan G.NA.

Soalan 1 (G.NA):
Apa yang telah anda lakukan selepas promosi single 'Oops,' dari album mini terbaru?

G.NA:
Buat masa ini saya sedang membuat persediaan untuk album seterusnya. Saya berlatih dan akan ke luar negara untuk melawat tempat seperti Malaysia, dan berharap agar saya dapat pergi ke tempat lain untuk promosi. Album saya kini dalam pembikinan dan berharap akan keluar dengan segera.

Soalan 2 (BEAST):
Adakah anda merancang untuk melawat Malaysia sebagai sebahagian untuk konsert jelajah 'Beautiful' 2013, yang akan bermula di Seoul bulan Julai?

BEAST:
Pada 20 dan 21 Julai, kami akan membuat persembahan di Seoul untuk jelajah 'Beautiful' dan kami berharap yang kami akan berkesempatan untuk melawat Malaysia di masa hadapan.


Soalan 3 (4Minute):
Apa perasaan anda tentang kejayaan anda dalam carta Gaon pada bulan Mei?

4Minute:
Lagu baru kami ‘What’s Your Name?’ ialah kemunculan semula kami selepas setahun. Kami rasa gementar, tetapi kami rasa gembira apabila ia meraih tempat pertama. Kami akan mengeluarkan lagu baru minggu depan, di mana kami harap semua orang akan menyukai lagu tersebut.

Soalan 4 (4Minute):
Beritahu kami tentang tema tarian untuk single terbaru 'It's Popping' yang akan dikeluarkan pada 28 June.

4Minute:
Lagu ini akan keluar pada 28 Jun, dan kami berharap agar peminat kami akan melihat sendiri apabila lagu ini dikeluarkan kelak. :)

Soalan 5 (4Minute & BEAST):
Adakah sebarang tempat di Malaysia yang ingin anda kunjungi?

4Minute:
Saya dengar pantai di Malaysia amat cantik, oleh itu kami berharap yang kami mempunyai masa yang cukup untuk melawat nanti.

BEAST:
Orang-orang di Malaysia amat bergaya dan tau berfesyen, oleh itu kami berharap agar ada peluang untuk meneroka bandar dan membeli-belah.


Soalan 6 (BEAST):
Doo-joon, Gikwang dan Junhyung telah mencuba bakat berlakon untuk drama. Adakah ahli yang lain juga turut berminat untuk berlakon?

BEAST:
Jika ada peluang dan kesempatan, kami semestinya berminat untuk berlakon. Melihat ahli-ahli yang lain melakukannya dengan baik, kami juga berharap agar dapat meraih kejayaan yang sama dalam bidang lakonan.

Soalan 7 (G.NA):
Adakah anda mempertimbangkan untuk menjadi lebih aktif dalam bidang lakonan?

G.NA:
Malangnya bahasa Korea saya tidak bagus seperti yang diharapkan buat masa ini. Bila bahasa Korea saya bertambah baik, saya memang mahu peluang untuk mencuba lakonan. Mencuba memang bagus, dan saya berharap agar dapat mencuba lakonan setelah bahasa saya bertambah baik.

Soalan 8 (4Minute):
Apa yang membuatkan kumpulan anda lain dari kumpulan gadis di luar sana?

4 Minute:
Tidak seperti kumpulan yang lain, kami semua mempunyai personaliti dan watak yang berbeza, itulah faktor unik kumpulan kami.

Untuk lagi gambar semasa sidang media boleh tengok di sini.

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan