Taeyang lepak bersama peminat di kopitiam?

Leave a Comment

Seperti ramai yang tau pada 22 Jun yang lalu, Taeyang telah menjadi artis jemputan untuk konsert sulung G-Dragon 2013 WORLD TOUR [ONE OF A KIND] (Kuala Lumpur, Malaysia).

Kami membelek-belek instagram Taeyang dan tengok yang dia kelihatan gembira dan ceria berada di sini. Tapi ada satu klip video yang menarik minat kami. 

Dia mengambil video peminat yang kelihatan yang sedang berkumpul di restoran. Tapi ni bukan mamak. Setelah merisik dan bertanya-tanya. Rupanya restoran tersebut ialah cawangan Old Town White Coffee yang terletak di Sri Petaling. 

Ada juga video dari Taeyang yang menunjukkan mereka berada di restoran Korea berkemungkinan besar di Sri Petaling juga. Kalau berdasarkan analisis ini, maknanya Taeyang dan kru-kru konsert singgah makan di sana sebelum terserempak dengan peminat. 

Mungkin peminat-peminat ini mengekori G-Dragon dan Taeyang sebaik selesai konsert mereka. Walaubagaimanapun, Taeyang begitu mesra di sini. Ya, peminat Malaysia memang hangat sentiasa. 


Love u all!:) #Malaysia by @youngbeezzy

Dia juga sertakan mesej "Sayang awak semua!:) #Malaysia".

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan