Youn Seok Promosi Album Terbaru di Malaysia

Leave a Comment
Nama Youn Seok mungkin tidak terkenal di kalangan  peminat muzik K-Pop di Malaysia tetapi penyanyi balada ini telah mempunyai lebih dari 100,000 pengikut di laman rasmi Facebook.

Penyanyi, komposer dan produser ini telah berada di Malaysia untuk pelancaran album terbaru berjudul "Here I Am" di Red Box Plus, Pavillion Kuala Lumpur baru-baru ini. Dia juga telah dilantik sebagai juru cakap untuk Ubermen bagi produk pengayaan rambut.

Kami telah menghadiri sidang akhbar pelancaran album dia dan rupa dan wajahnya mengingatkan kami kepada penyanyi Park Hyo Shin dan pelakon Jepun Takuya Kimura. Mungkin sebab gaya rambut dia. :P

Sedikit kisah latar belakang Youn Seok. Dia telah melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat sejak kecil dan diperkenalkan kepada MC Seo Sae Won (seorang pelawak yang terkenal suatu ketika dulu). Dia menawarkan kontrak nyanyian kepada Youn Seok, tapi dia menganggap itu sebagai gurauan sahaja. Tapi dua bulan kemudian Youn Seok menerima panggilan telefon dan tiket penerbangan diberikan untuk ke Seoul. Semuanya menjadi sejarah selepas itu. You Seok mengeluarkan album pertama berjudul "The Birth" dan lagu "Choon Hwa" (전화) menjadi hit. Sehingga kini, kebanyakan orang di Korea mengingati dia sebagai penyanyi lagu ini.

Dia juga berminat untuk merakamkan lagu Melayu kerana lenggok lagu Melayu tak jauh berbeza dengan lagu Korea. Untuk album terbaru ini, dia telah membuat penggambaran video muzik di Malaysia pada akhir tahun lepas.

Penyanyi veteran Lee Seung Chul merupakan kegemaran dia. Dia mendapat inspirasi dari muzik Lee Seung Chul dan cuba meniru gaya beliau yang boleh menyanyi dalam pelbagai genre muzik.

Dia telah beberapa kali datang ke Malaysia dan berkata yang Pulau Pinang tempat menarik yang paling digemari kerana dia gemar dengan permainan air.

Terima kasih kerana membaca. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan