Ajieb Rosdi Bersenam di Gim bersama pelakon Sung Hoon

Leave a Comment
sung hoon ajieb rosdi

Baru-baru ini kami membaca Catatan Diari Ajieb dan catatan terbaru menarik perhatian kami. Seperti semua sedia maklum, untuk menjadi bintang di Korea semua aspek mesti diberi perhatian dari segi suara, kesihatan dan sebagainya.

Ajieb berkongsi kisah pengalamannya menjalani sesi gim di Korea dan dimana orang di Korea menjadikan pergi ke gim sebagai satu gaya hidup. Itu kita dapat saksikan dalam drama Korea di mana tidak kira umur mereka akan bersenam, mendaki bukit dan melakukan aktiviti riadah yang lain.

Di gim yang selalu dilawati oleh Ajieb, dia selalu bersama dengan beberapa lagi pelatih Korea yang turut menyimpan impian seperti dia. Di samping itu, pelakong Sung Hoon juga turut ke gim yang dikunjungi oleh Ajieb. Tapi Ajieb tidak dapat berkongsi gambar mereka berdua. Perkara itu kami faham benar.

Sung Hoon merupakan pelakon drama yang kian meningkat popular. Pelakon kacak ini berlakon dalam drama New Tales of the Gisaeng, Faith dan The Birth of a Family. Semua drama ini pernah disiarkan di ONE HD.

Selalunya gim yang dikunjungi oleh pelatih atau artis berhampiran dengan pejabat atau label mereka. Mungkin lain kali kita dapat melihat mereka di gim bersama.

Untuk mengetahui pengalaman Ajieb di Korea, lawati laman rasmi dan ikuti dia di twitter.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan