Konsert INFINITE One Great Step Jelajah Dunia Pertama di Kuala Lumpur

Leave a Comment
INFINITE One Great Step concert poster malaysia

Pada bulan Jun yang lalu, kami ada menulis tentang kemungkinan besar yang konsert Jelajah Dunia Infinite akan diadakan di Malaysia. Seperti pucuk dicita ulam mendatang, penganjur konsert iaitu IME Productions telah mengumumkan bahawa konsert ini akan berlangsung di Stadium Negara pada 19 Oktober ini.

Kumpulan INFINITE yang terdiri daripada 7 anak muda ini akan mengadakan konsert sulung mereka di Seoul pada hujung minggu ini. Ada tak peminat mereka di sini yang akan pergi? Tiket untuk konsert di Seoul telah habis dijual dalam beberapa minit sahaja.

IME Productions akan mengadakan pelancaran tiket untuk “2013 INFINITE 1st WORLD TOUR – ONE GREAT STEP IN KUALA LUMPUR”. Lokasi, tarikh, tempat duduk atau berdiri dan harga tiket akan diberitahu kelak. Oleh itu, sila jangan habiskan duit raya anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook INFINITE dan IME Productions. Kami juga telah mengemaskini Kalendar Acara K-Pop untuk acara terkini.

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan