Mari Undi Malaysia untuk Lokasi Konsert Jelajah 2014 LEDApple

2 comments

Ada tak peminat band LEDApple di sini? Baru-baru ini mereka ada meninggalkan pesanan buat peminat di Malaysia.

Adakah anda ingin menyaksikan mereka datang ke Malaysia mengadakan konsert? Jika ya, mari kita ramai-ramai undi untuk Malaysia agar mereka berminat untuk datang.

Starkim Entertainment, iaitu label LEDApple sedang mengadakan kaji selidik untuk mendengar pendapat peminat untuk mengadakan konsert Jelajah Dunia 2014. Sila undi untuk negara yang anda boleh hadir ke konsert tersebut. Maksudnya di sini, Malaysia lah. Bukan negara seberang atau jiran pula.

Cara-cara untuk mengundi ialah:
1. Klik SINI. (Pastikan awak login Facebook dulu)
2. Kemudian, skrol bawah sampai nampak Jalur Gemilang. Tipu lah, kalau tak kenal bendera Malaysia kan.
3. Lepas tu, tekan butang SUBMIT. Yeay, dah siap.
4. Sila kongsikan pula di Facebook awak. Minta jasa baik keluarga dan kawan-kawan untuk undi Malaysia.

Undian telah bermula sejak 13 Ogos yang lalu dan akan berakhir pada 13 September ini. Jika undian melebihi 5000 dari Malaysia, mereka dengan positif akan menganjurkan konsert di sini.

Jom tengok Youngjun dan Hanbyul menyanyikan lagu Bruno Mars - Just The Way You Are dengan versi mereka. Mana tau mereka akan menyanyikan lagu ini nanti di sini.


Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

2 ulasan: