Menangi Hadiah Bercuti di Korea Dengan KakaoTalk

Leave a Comment
kakaotalk malaysia

Kami pasti ramai yang menggunakan KakaoTalk sejak BIGBANG menjadi duta khidmat pesanan percuma ini. Baru-baru ini, di Facebook KakaoTalk Malaysia mereka menganjurkan pertandingan berbual  dan menang. Mudah bukan!

Siapa yang sudah mendaftar, jom mulakan permainan!

Kumpul sebanyak mana mata Kakao dengan menambah kawan baru, menghantar pesanan dan berbual dengan rakan-rakan. Lagi banyak mata Kakao yang anda kumpul, lagi tinggi peluang ada untuk memenangi hadiah!

Nak tau hadiah apa yang ditawarkan? Hadiah utama ialah kereta Mazda, tempat pertama pula ialah bercuti di Korea (termasuk tiket dan penginapan untuk 2 orang) dan tempat kedua hingga 100 ialah patung KakaoTalk yang comel tu.

Pertandingan telah bermula dan akan berakhir pada 31 Ogos ini. Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi http://www.kakaotalk.com.my.

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan