Park Jung Min cakap "Jumpa anda pada Oktober ini di Malaysia!"

Leave a Comment
park jung min malaysia showcase

Salam 1Malaysia buat semua. Wah, kali ini kami mendapat berita yang penyanyi Park Jung Min pula akan datang ke Malaysia untuk mengadakan showcase dan sesi bertemu peminat. Acara yang diberi tajuk ini ialah Park Jung Min featuring ROMEO 1st Malaysia Showcase. Kali terakhir Park Jung Min datang untuk membuat persembahan di Hennessy Artistry Party pada 2011.

ROMEO ialah Park Jung Min alter-ego dan dia menggunakan persona ini untuk promosi album di Jepun. Tapi itu kita biarkan dulu. Ini kami kongsikan maklumat penting yang perlu diketahui oleh peminat. Kami juga telah mengemaskini Kalendar Acara K-Pop untuk acara terkini.

Acara pelancaran tiket akan berlangsung esok. Alamak cepatnya. Duit raya masih ada lagi ke tak ni. ^^

Maklumat Pelancaran Tiket:
Tarikh: 17 Ogos 2013
Waktu: 11pagi - 3petang
Lokasi: Paradigm Mall (Upper Atrium)

*200 peminat pertama yang membeli tiket VVIP atau VIP di Paradigm Mall layak untuk menerima diskaun 10% ke atas tiket. Pas edisi terhad sidang media dan sesi autograf juga akan diberikan setiap jam antara pukul 11 pagi-3 petang.

Park Jung Min cakap "Jumpa anda pada Oktober ini di Malaysia!" Triple S, sila menabung. ^_^


Ini pula ialah pelan duduk untuk showcase yang akan berlangsung nanti. Pastikan pilihan anda tepat dan tidak menyesal kemudian hari.

park jung min seating plan malaysia showcase

Maklumat showcase:
Tarikh: 12 Oktober 2013
Waktu: 8malam
Lokasi: Star Stage @ KWC Fashion Mall

Maklumat sesi autograf
Tarikh: 13 Oktober 2013
Waktu: 2petang
Lokasi: Paradigm Mall (Upper Atrium)

Maklumat tiket dan pass:
VVIP - RM390
VIP - RM290
Zon A - RM190
Zon B - RM120
* Harga semua tiket tak termasuk RM3 caj

Anda juga boleh menambah untuk pilihan:
1. Pas gambar RM100 *pemegang tiket VVIP, VIP dan Zon A
2. Pas autograf RM100 *pemegang VVIP, VIP
3. Pas sidang media RM100 *pemegang tiket VVIP, VIP

Untuk maklumat lanjut lawati Facebook New Pro-Star Sdn Bhd atau emel kepada pjmshowcasemalaysia@gmail.com.

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan