Peraturan Menghadiri Konsert CNBLUE di Malaysia dan Info Penjualan Barangan

Leave a Comment
cnblue malaysia konsert poster

Mesti ramai BOICE yang dah tak sabar untuk menyaksikan konsert CNBLUE buat pertama kali di Malaysia, kan?! Tapi untuk menjamin keselamatan peminat agar tiada perkara tidak diingini berlaku, penganjur telah mengeluarkan arahan berikut.

2013 CNBLUE BLUE MOON WORLD TOUR LIVE IN KUALA LUMPUR
Tarikh: 24 Ogos (Sabtu)
Lokasi: Stadium Negara
Pintu Dibuka: 6 petang
Persembahan bermula: 7:30 malam

Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengeluarkan penonton dari tapak konsert, jika mereka tidak mematuhi perkara berikut:
1. Anda dilarang membawa kamera (Kamera digital, DSLR etc. Anda tidak dibenarkan mengambil gambar semasa persembahan)
2. Penonton hendaklah duduk atau berdiri mengikut zon yang ditetapkan
3. Selain air mineral, makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk

* Pada hari konsert, tiket masih boleh dibeli (Tiket bagi Zon VVIP A, VVIP B, ROYAL masih ada)
* Barangan rasmi akan dijual iaitu 'Light Stick' pada hari konsert.

Maklumat mengenai jualan barangan rasmi:
- Stok adalah terhad tetapi penganjur akan menambah bilangan kerana permintaan daripada peminat! (Bertindak segera dan dapatkan!)
- Barangan akan mula dijual mulai 1petang di Stadium Negara pada hari konsert.
- Harga : RM30 setiap satu

Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook Daol Entertainment dan sertai laman Facebook rasmi acara ini.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan