Sekilas Pandang: Autumn Di Hatiku Episod 25-28

Leave a Comment
kim jin sung autum di hatiku

Drama Autumn Di Hatiku melabuhkan tirai pada minggu lepas dengan kesudahan yang tidak disangka tapi boleh dijangka. Kalau anda peminat tegar drama Korea pasti tau kan.

Kim Jin Sung pantas memikat hati penonton di Malaysia, kami berharap dia akan mendapat peluang berlakon lagi di sini. Bolehlah kami tengok dia di kaca tv pula kan. Kami juga ingin berterima kasih kepada anda yang sudi singgah ke blog kecil kami untuk membaca semua entri yang berkaitan drama ini. 

Episod 25-28 drama ini boleh ditonton di SINI. Kalau nak tengok video, gambar atau nak menang barangan esklusif sila pergi ke laman rasmi Autumn Di Hatiku, serius tak tipu macam-macam ada. Boleh juga belajar bahasa Korea dengan JS siap ada pelakon tambahan lagi.

autum dihatiku kim jin sung

Sinopsis:
Hati Nina tersentuh apabila Zidick memberikannya sekeping tiket penerbangan ke Seoul. Imbasan kembali ketika Zidick membantu Autumn untuk memikat hati Nina. Namun sebenarnya, Zidick sendiri yang menyimpan perasaan terhadap Nina.

autumn dihatiku

Nina membaca luahan hati Zidick yang ditujukan kepadanya menerusi sepucuk surat. Nina kembali ke Malaysia dan cuba menjejaki Zidick yang telah menghilangkan diri.

autumn di hatiku kim jin sung hanez suraya aiman hakim ridza anas ridzuan ezzaty abdullah

Terima kasih kerana membaca. Tekan butang LIKE di bawah dan kongsikan bersama rakan-rakan anda ya. Sila LIKE Buletin Kpop di Facebook dan ikut @buletin_kpop di twitter untuk perkembangan terkini.

0 ulasan:

Catat Ulasan