A-PRINCE Puas Bertemu Peminat di Malaysia

Leave a Comment
Bulan lepas kami telah menulis tentang kumpulan idola A-PRINCE yang akan mengadakan promosi di Malaysia. Mereka telah datang dan melawat peminat di Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, mereka telah pergi ke The Mines dan Plaza Sg. Wang untuk bertemu peminat. Kebetulan kami baru pulang dari rumah terbuka di Seri Kembangan terus singgah di The Mines untuk melihat mereka.

Mari lihat gambar-gambar yang sempat kami ambil.

a-prince malaysia the mines
a-prince malaysia the mines
Ramai peminat sudah menantikan mereka di The Mines dan dengan bayaran RM 70 untuk membeli CD dapat peluang untuk mendapatkan tandatangan mereka di sana.

a-prince malaysia the mines
Mereka juga sempat membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Mambo dan Be My Lady.

a-prince malaysia the mines
Ini pula video yang sempat kami rakamkan.




Setelah selesai di The Mines, mereka bergegas ke Sg. Wang pula. Kami pun memikir juga sama ada nak turut pergi ke sana atau tidak. Tapi tanpa disedari kami telah sampai ke sana.

a-prince malaysia sg wang
Perbualan mereka bersama MC.

MC: Tempat yang ingin A-PRINCE lawati di Malaysia?
MinHyuk: Petronas Tower.

MC: Makanan?
SeungJun: Laksa!

MC: Ramai gadis di sini. Apa perasaan awak tentang gadis Malaysia?
Seungjun: Cantik! Cantik! (Dalam B.Malaysia)

a-prince malaysia sg wang
A-LAND bersama album & poster A-PRINCE yang telah ditandatangani oleh jejaka-jejaka comel A-PRINCE di Sungei Wang.

A-PRINCE juga banyak berkongsi gambar dan mesej kepada peminat sepanjang mereka berada di sini.

Kami berharap agar A-Prince akan popular dan kembali ke Malaysia. Di harap penganjur akan lebih berhati-hati dalam mengendalikan peminat kerana kelakuan peminat yang di luar jangkaan akan menyusahkan orang lain berhampiran.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan