Ajieb Rosdi Dapat Tajaan Yang Sama Dengan Kumpulan Idola Boys Republic

Leave a Comment
boys republic

Kami di sini setia mengikuti perkembangan Ajieb Rosdi yang kini sedang menyiapkan diri untuk mencuba nasib di Korea. Setiap perkembangan terkini yang dikongsi di laman rasmi dia boleh dijadikan panduan buat mereka yang ingin mencuba nasib.

Berdasarkan catatan terbaru Diari Ajieb, dia telah mendapat tajaan mendapat tajaan dari sebuah salon kecantikan terkenal di Korea untuk imej rambut dan dandanan. Ini memang peluang yang tidak patut dilepaskan sebab Korea memang sentiasa di hadapan untuk fesyen rambut terkini.

Sebelum itu dia berkongsi kisah pergi ke gim yang sama dengan pelakon kacak Sung Hoon.

Menurut Blake iaitu pengurus Ajieb di sana, salon ini menaja dan mendandan bintang K-pop di sana. Sebelum Ajieb mereka telah menaja kumpulan Boys Republic seperti gambar di atas yang debut bulan Jun yang lalu. Adakah Ajieb akan terserempak dengan mereka nanti atau bintang-bintang Korea yang lain? Kenalah tunggu perkembangan nanti.

Kami akan menantikan gaya baru Ajieb nanti. Kami telah tengok laman web salon ini yang bernama Ra Beauty Core. Perkhidmatan yang disediakan memang terbaik lah.

Tahniah kepada Ajieb kami ucapkan. Lepas ni kenalah bangun awal pagi nak pergi mekap dan buat rambut semua ni. Macam selalu yang kita baca mengenai artis K-Pop mereka memang bangun awal untuk bersiap.

Nak tau perkembangan Ajieb lawati laman web dan ikut dia di twitter.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan