BTOB Kembali Dengan Penjelmaan Semula "Thriller"

Leave a Comment
BTOB thriller cube entertainment

Kumpulan idola BTOB kembali menunjukkan perubahan yang padat dengan persembahan bertenaga dan kemahiran vokal yang lebih baik. Dari permaidani merah untuk kemunculan kembali BTOB, mereka mengambil keputusan untuk menunjukkan kebolehan mereka dengan menyiarkan satu lagu baru di radio. Peminat memberi reaksi yang positif terhadap lagu “When I Was Your Man” dan ini membuatkan mereka tak sabar menantikan EP yang terbaru.

Lagu Thriller merupakan lagu yang menjadi pertaruhan dan membawa pendengar mendengar nyanyian BTOB yang lain dari kebiasaan dan dihiasi dengan rap dari Ilhoon dan Minhyuk. Mereka menjelmakan kembali bunyi lagenda. 

Buat pertama kali, peminat boleh menantikan lagu BTOB yang dihasilkan sendiri dalam EP ini. Lagu "Why" ialah hasil kerjasama Hyunsik dan Gikwang dari BEAST sementara Ilhoon dan Minhyuk menyumbangkan idea untuk rap. Tambahan pula, lagu "Star" menggambarkan masa depan yang tidak pasti sepanjang BTOB menjadi pelatih, tetapi impian untuk menjadi bintang tetapi membara. Lagu-lagu lain seperti “Catch Me” & “Like a Crystal” dengan muzik yang ringan boleh dimainkan bila-bila masa,

Kami berharap mereka akan kembali ke Malaysia untuk mempromosikan album terbaru ini. Sebelum ini mereka pernah datang tapi hanya untuk membuat persembahan.

Mari kita tengok video muzik lagu "Thriller" dari BTOB.


Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan