CNBLUE Gegarkan Stadium Negara untuk Konsert Sulung Mereka

Leave a Comment
cnblue BLUE MOON World Tour Live in Malaysia

Band idola CNBLUE telah mengadakan konsert buat pertama kalinya di Malaysia pada 24 Ogos yang lalu di Stadium Negara. Ini bukan kali pertama mereka datang. Mereka pernah membuat persembahan sewaktu di Golden Disk Award pada awal tahun ini dan telah berjanji akan kembali ke Malaysia.

Kami telah tiba di stadium dalam pukul 6.30 petang. Lambat sikit sebab kami menghadiri rumah terbuka sebelum itu. Konsert, konsert juga tapi silaturahim jangan dilupakan. 

cnblue BLUE MOON World Tour Live in Malaysia

Konsert dimulakan pada pukul 7.30 malam dengan persembahan pembukaan dari KouJEe Beatbox dan band Popsical. Lagu CNBLUE juga di beatbox-kan dan para peminat ikut menyanyi bersama. Persembahan bertenaga dari mereka membuatkan para peminat tidak sabar lagi untuk menyaksikan konsert CNBLUE. 

Band yang terdiri dari 4 anak muda yang bernama Yonghwa selaku vokalis dan ketua, Jonghyun (gitar utama), Minhyuk (dram) dan Jungshin (bass) telah mengadakan konsert jelajah ini semenjak bulan April yang lalu dan Malaysia merupakan destinasi ke-sepuluh.

cnblue BLUE MOON World Tour Live in Malaysia

Kelab peminat CNBLUE di sini juga telah mengadakan projek khas sempena konsert ini. Di awal pembukaan konsert, mereka telah meletak kain berwarna putih yang dengan tulisan 'CNBLUE WE ARE HERE' di zon Moon. Kami mendapat tau yang hanya Malaysia sahaja mempunyai zon khas ini.

Mereka menyampaikan lebih daripada 20 buah lagu termasuk encore. Antara lagu yang kami ingat ialah In my headIntuitionI’m a loner dan I’m sorry. Peminat Malaysia cukup bertuah kerana mereka turut mempersembahkan lagu Feel Good buat pertama kali. Lagu ini baru sahaja dikeluarkan dua hari sebelum konsert mereka di sini.

cnblue BLUE MOON World Tour Live in Malaysia

Kami suka kepada permainan lampu dan laser sepanjang konsert ini berlangsung. Paparan grafik juga menarik dan berpadanan dengan lagu yang disampaikan. Mereka juga kelihatan aktif dan berinteraksi bersama peminat dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Siapalah cikgu Bahasa Melayu mereka ini?

Antara perkataan-perkataan Bahasa Melayu yang dilafazkan oleh meraka adalah,

"Malaysia banyak makanan yang sedap. Satay, satay, saya suka makan satay.", oleh Minhyuk yang tidah habis-habis obsesnya dengan makanan Malaysia.

"Kiri, kanan, nyanyi sekali, kuat lagi! Kuat lagi!"
"Terima kasih sekalian.", oleh Yonghwa yang paling banyak berinteraksi dan bercakap dengan peminat.

"Bagaimana kamu rasa?", oleh si tinggi lampai JungShin.
"TErima kasih, teRIma kasih, teriMA kasih, terima KAsih, terima kaSIH~", JungShin mengucapkan terima kasih dengan penuh berirama. Siapa yang tak terhibur dengan perangai jejaka ini. Sangat lucu dan pandai mengambil hati peminat Malaysia.

Ayat yang paling mereka suka "Apa khabar?" diikuti dengan "Rindu kami?". Jadi, sudah pastilah anda faham mengapa BOICE Malaysia masih lagi demam dengan persembahan mereka sampai ke hari ini.

Secara keseluruhan, konsert ini menghiburkan dan kami pasti para peminat bergelar BOICE yang hadir amat berpuas hati dapat menyaksikan konsert ini.

cnblue BLUE MOON World Tour Live in Malaysia

Video yang sempat kami rakam dari tempat kami sewaktu pembukaan konsert.


Gambar: Sumber

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan