Gambar Bii di 8TV Nite Live bersama hos Baki Zainal dan Jeremy

Leave a Comment
bii 8tvnitelive baki zainal jeremy

Bulan lepas penyanyi kacukan Korea-Taiwan Bii telah hadir ke Malaysia untuk sesi promosi album terbaru. Dia datang ke program 8TV Nite Live sebagai artis jemputan.

Macam biasa kami akan selongkar Facebook 8TV Nite Live untuk mencari gambar-gambar yang berkaitan. Ini lah hasilnya. Pengacara malam itu ialah Baki Zainal dan Jeremy. Rancangan malam itu agak menarik dan kelakar sebab kami tak sangka yang Jeremy ni tak fasih berbahasa Mandarin.

Alih-alih Baki yang menjadi penterjemah. Cik jurubahasa pula menterjemah Bii dari Korea ke English/Mandarin dan Baki pula English/Mandarin ke dalam Bahasa Melayu. Sebab rancangan ni pada awal pagi, kesian pula tengok muka cik jurubahasa yang kepenatan. Ye-lah, jadual Bii di Malaysia memang padat.

Kalau nak tengok balik episod ni, boleh tengok di TonTon Episod 33.



Aksi Bii sewaktu diambil gambar untuk polaroid yang akan diberikan kepada peminat. Comel lah dia ni.



bii polaroid 8tvnitelive

Ini pula gambar-gambar mereka dari Facebook Jeremy.

jeremy bii baki zainal 8tvnitelive



Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan