Mari pergi ke Inspiring Korea Festival di Pavilion KL hujung minggu ini

Leave a Comment

Festival ini pertama kali dianjurkan oleh Korea Tourism Organization Kuala Lumpur Office (KTO KL) untuk memberi peluang kepada peminat budaya Korea untuk merasai pengalaman di ibukota. Banyak acara menarik dianjurkan untuk pengunjung yang hadir.

Antara acara yang akan diadakan sepanjang festival ini ialah:

- Bibap - Delicious Musical (Non Verbal Performance)
- MyKTQ 2013 Grand Finale
- Sesi bersama DJ radio One FM dan selebriti
- Koleksi Perkahwinan K’ Couture

Antara aktiviti lain yang menanti ialah pameran pelancongan ke Korea, kaunter THEFACESHOP juga dibuka sekali dengan bar manicure (boleh lah buat kuku) serta bengkel kecantikan Korea.

Tapi yang wajib mestilah makanan Korea kan. Demonstrasi membuat makanan Korea seperti songpyeon dan japchae yang menjadi pilihan popular untuk Chuseok.

Cabutan bertuah juga akan diadakan di mana terhadap hadiah menarik tajaan THEFACESHOP dan Bulgogi Brothers serta hadiah utama tiket ke Korea.

Untuk maklumat lanjut mengenai festival ini, lawati laman rasmi KTO.

Kami memang akan pergi esok sebab hendak memberi sokongan kepada kumpulan kegemaran kami EPSILON dan RE-DO yang akan bertanding dalam MyKTQ 2013 Grand Finale dan semestinya untuk melihat BIGSTAR. Jumpa anda di sana.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan