Panduan Untuk Menghadiri Showcase Park Jung Min Oktober Ini

Leave a Comment
park jung min malaysia showcase

Mesti peminat Park Jung Min sudah tak sabar untuk melihat persembahan dia pada bulan Oktober? Tapi sebelum tu mari kita baca sedikit mengenai panduan untuk showcase ini agar peminat semua dapat bergembira dan tiada kejadian tidak diingini akan berlaku.

Menampilkan: Park Jung Min VS ROMEO (Dual Personality)
Anjuran: New Pro Star & PMP Entertainment
Tarikh: 12 Oktober 2013 (Sabtu)
Lokasi: Star Stage, level 15 @ KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur
Masa: 8mlm-10mlm

Peraturan
1. Kamera dan kamera video tidak dibenarkan. Mengambil gambar dan video dilarang sama sekali. Penganjur mempunyai hak untuk meminta peminat yang mempunyai kamera untuk meninggalkan bateri kamera di kaunter deposit bateri dimana penganjur tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan dan kehilangan.
2. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk.
3. Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun tidak dibenarkan masuk.
4. Dilarang merokok di lokasi dan kawasan sekitar.
5. Tiada kebenaran untuk belakang pentas.

Maklumat lain
- Pemegang tiket boleh masuk ke lokasi showcase bermula 6.30ptg ke atas.
- Beratur sehari lebih awal tidak dibenarkan atas sebab keselamatan.

JUALAN TIKET
Kategori:
Cat 1* (VVIP): RM 390 [Hanya boleh didapati dari pejabat  New Pro Star dengan menelefon terlebih dahulu]
Cat 2* (VIP) : RM 290
Cat 3* (Zon A) : RM 190
Cat 4* (Zon : RM 120

* Semua tempat adalah duduk bernombor dan semua harga tidak termasuk RM3 untuk caj pemrosesan

Penganjur: New Pro Star
Menjual tiket VVIP, pass foto dan autograf
Tel : +603-7960 0779

Agen tiket: TICKETCHARGE
Tiket mula dijual: 18 Ogos 2013 (Ahad) 10 pagi keatas
Kaunter: Di semua kaunter Ticketcharge 
Tel: +603-9222 8811

Sila rujuk pada laman TicketCharge untuk senarai kaunter. Menjual semua tiket kategori kecuali VVIP. Bayaran boleh dibuat melalui kad kredit (Visa, Mastercard), kad debit dan tunai di semua kaunter.

*Peminat luar negara boleh membeli secara online melalui TicketCharge dengan kad kredit (Visa dan Mastercard)

PASS MENGAMBIL FOTO
* Sesi bergambar akan dilakukan selepas showcase di lokasi yang sama
* Hanya pemegang tiket VVIP, VIP & Zon A layak untuk peluang mengambil gambar bersama Park Jung Min semasa sesi foto dengan tambahan bayaran RM100 untuk mendapatkan pass sesi foto. (10 orang setiap kumpulan bersama PJM)
* Pass foto adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat

PASS AUTOGRAF
- Sesi akan diadakan sehari selepas showcase:
- Tarikh: 13 Oktober 2013 (Ahad)
- Tarikh: 2ptg
- Lokasi: Upper Atrium, Paradigm Mall, PJ
- Hanya pemegang tiket VVIP & VIP layak untuk menambah RM100 untuk mendapatkan autograf Park Jung Min.
- Penganjur akan menyediakan poster yang direka istimewa untuk sesi autograf. (Album dan barangan lain tidak dibenarkan melainkan poster yang disediakan oleh penganjur)

CARA-CARA UNTUK KE KWC Fashion Mall, KL

Dengan Kereta
- Melalui Jalan Hang Tuah dan Jalan Loke Yew. Dari Jalan Hang Tuah menuju ke arah Jalan Loke Yew, pusing ke kiri ke Jalan Kenangan, selepas stesen LRT Hang Tuah.

Dari Jalan Loke Yew menuju ke Jalan Cheras, pusing ke kiri menuju ke Jalan San Peng, selepas Sekolah Tinggi Tsun Jin. Ikut arah ini dan pusing ke kanan menuju ke Jalan Gelugor selepas lampu isyarat.

Kami rasa lagi senang jika penganjur memberi koordinat GPS sahaja. 

Melalui pengangkutan awam: (Ini kegemaran kami)

Dengan Bas Shuttle Percuma
Dari Pasar Sentral - KWC - Pasar Sentral (Sila rujuk sini untuk jadual)

Dengan bas:
Rapid KL[B112],[U423].
Hanya 5 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Hang Tuah dan stesen bas ke KWC.

Dengan LRT:
Dari Line Putra, tukar di Masjid Jamek ke line STAR, turun di stesen LRT Hang Tuah.

Dengan Monorel:
Turun di stesen Monorel Hang Tuah

Jangan lupa dapatkan tiket anda dan jumpa Park Jung Min nanti.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan