Sidang Media CNBLUE untuk Jelajah Blue Moon di Malaysia

Leave a Comment
cnblue konsert blue moon malaysia

Kami berpeluang menghadiri sidang akhbar yang telah diadakan di Hotel Grand Hyat. Cantik hotel baru ni. Kami pergi menggantikan seorang kawan media yang tidak dapat hadiri atas urusan lain. Bukan datang dengan tangan kosong, pasti semua dah baca di twitter kami.

CNBLUE yang terdiri daripada Jung Yong Hwa, Lee Jong Hyun, Kang Min Hyuk dan Lee Jung Shin amat teruja menjejakkan kaki di Malaysia buat kali kedua. Mereka memperkenalkan diri, bergambar dan seterusnya mengadakan soal jawab bersama media Malaysia. (Terperasan pula jadi media, padahal blogger picisan je).

cnblue konsert blue moon malaysia

Sesi soal jawab:

S: Apa pendapat CNBLUE mengenai Malaysia setakat ini, cuaca dan makanan?
CNB: Cuaca disini seperti di Korea sekarang dan kami di sini untuk konsert kami yang pertama di Malaysia dan kami mempunyai tanggapan sendiri dan tak sabar menanti hari konsert.

S: Sudahkah CNBLUE merasa makanan Malaysia?
Minhyuk: Saya hendak mencuba 'Sate' sebelum saya pulang. Saya belum pernah mencuba lagi sbelum ini. Saya suka semua jenis makanan seperti sate dan ini menjadi perkara nombor satu untuk dicuba.

S: Yonghwa, anda telah menulis banyak lagu untuk CNBLUE, di manakah anda mendapat inspirasi dan bila ia berlaku semasa anda menulis lagu?
Yonghwa: Ia bukanlah sesuatu yang saya rancang atau sebagainya, ia datang secara semula jadi. Ia bergantung kepada siapa saya bertemu, muzik yang saya dengar, ia juga bergantuk kepada persekitaran di sekeliling saya. Kadang-kadang saya mendapat inspirasi untuk menulis lirik dan kadang-kadang untuk melodi.

cnblue konsert blue moon malaysia

MC: Jonghyun, anda merupakan pemegang pingat emas untuk judo semasa di sekolah menengah, apa yang akan ada lakukan sekiranya di dalam situasi kecemasan?
Jonghyun: Memandangkan saya ada ramai abang keselamatan di sekeliling, saya tak terfikir yang saya perlu bertindak.

MC: Jungshin, anda yang paling muda tetapi juga yang paling tinggi. Anda juga menjadi model untuk pentas peragaan untuk acara fesyen yang besar. Pernahkan anda tidak bersetuju dengan ahli kumpulan anda? Seperti "Hey, saya yang paling tinggi?"
Jungshin: Tidak

MC: Awak ni baik orangnya
Jungshin: Terima kasih~

cnblue konsert blue moon malaysia

MC: Anda ada sebarang nasihat fesyen untuk ahli kumpulan anda?
Jungshin: Ini bukan lah nasihat tapi ke mana sahaja kami pergi, seperti sebelum ini di Jepun. Kami memberi idea kepada jurugaya kami yang saya ingin memakai sesuatu mengikut pilihan saya

MC: Anda semua mengagumkan; adakah pihak media merasakan begitu juga?
Media: Yeah.
Yonghwa: Yeah, saya tahu.

MC: Minhyuk, anda berlakon dalam drama popular Korea. Bagi anda, apakah cinta pertama anda? Menyanyi atau berlakon?
Minhyuk: Pilihan pertama saya semestinya band. Itu memang menjadi keutamaan saya.


S: Anda semua banyak berubah sejak tahun ini. Bagaimana anda gambarkan gaya anda buat masa ini?
Yonghwa: Dari segi penampilan atau fesyen?
Media: Fesyen.
Yonghwa: Terima kasih kepada jurugaya kami, kerana menggayakan kami sebaiknya. Tetapi selalunya kami akan pakai... baik saya berhenti saja di sini (ketawa)

S: Yonghwa dan Jonghyun merupakan penyanyi penulis lirik, bagaimana pula dengan Minhyuk dan Jungshin?
Minhyuk: Saya akan memberi perhatian untuk idea lirik dari semasa ke semasa tetapi kami masih dalam proses pembelajaran dan Yonghwa mengajar kami dan kami selalunya akan mengubah lagu bersama. Setiap kali kami bersama, saya dapat belajar lagi. Satu hari bila saya di taraf mereka, mungkin kami akan ada lagu yang ditulis oleh kami.

S: Apa yang memberi inspirasi di sebalik nama BLUE MOON untuk jelajah kamu?
CNB: Blue moon hanya muncul sesekali dan kadangkala ada dua bulan yang akan kelihatan bersama yang dipanggil Blue Moon oleh sebab ini merupakan konsert jelajah dunia pertama, kami hendak ia memberi makna istimewa oleh itu kami namakan Blue Moon.

cnblue konsert blue moon malaysia

S: Dalam beberapa hari lagi, album Jepun anda akan dikeluarkan. Ada sebarang rancangan untuk album Korea dalam masa terdekat?
CNB: Kami tidak menulis lagu atau membuat lagu bila kami hendak membuat album baru. Kami sentiasa menulis lagu dan apabila kami bersedia dan pada waktu yang sesuai kami akan mengeluarkan album. Setiap masa kami sentiasa bersedia untuk album baru. Saya tak akan beritahu bila tarikh tepat kami akan keluarkan album. Kami sentiasa bekerja untuk itu. Kami harap ia akan dikeluarkan segera.

S: Bagaimana anda memastikan lagu anda berbeza dengan kumpulan idola yang lain, bahawa anda ialah CNBLUE?
CNB: Saya tiada definisi jelas warna muzik kami, tetapi saya rasakan lagu-lagu kami amat rancank dan senang dinyanyikan bersama. Setiap kali anda mendengar muzik kami, anda akan tau yang itu ialah lagu CNBLUE.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan