Apa Cerita Park Jung Min Showcase di Malaysia Dibatalkan?

Leave a Comment
park jung min

Mesti ramai yang tak tahu atau terlupa yang Park Jung Min sepatutnya hadir ke sini untuk PARK JUNG MIN Featuring Romeo 1st Malaysia Showcase tetapi acara yang dijadualkan pada 12 Oktober yang lalu telah dibatalkan.

Ada pertandingan untuk membuat video dan menang pass. Ada juga yang bertanya kepada kami bagaimana untuk ke sana. Berita mengenai acara ini telah dibatalkan dan diumumkan melalui laman Facebook Park Jung Min pada September yang lalu. Kami memang terkejut dengan berita ini sebab acara yang sama untuk peminat di Singapura juga telah dibatalkan beberapa minggu sebelum itu.

Alasan yang diberikan tidak dapat diberitahu katanya. Alasan ini agak ringan sikit berbanding dengan Singapura kerana penganjur tempatan tidak mematuhi kontrak. Selepas itu, penganjur di Malaysia iaitu New Pro Star Sdn Bhd telah memadamkan semua status mengenai acara ini di laman Facebook mereka. Adakah tindakan ini wajar bagi mereka?

Antara khabar yang kami terima ialah jualan tiket yang tidak memberangsangkan. Kami harap ini bukan perkara sebenar yang mengakibatkan acara ini dibatalkan.

Maklumat yang ada hanya didapati melalui laman Ticket Charge.Peminat yang telah membeli tiket dikehendaki menghubungi penganjur jika ingin menuntut balik bayaran mereka. Ada sesiapa yang telah menghubungi mereka untuk mendapatkan kembali wang?

Walau bagaimana pun, kami berharap Park Jung Min akan kembali ke Malaysia untuk bertemu dengan TRIPLE S di sini.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan