Peminat Lee Joon Gi dari Malaysia Derma Beras Untuk Kebajikan

Leave a Comment
Lee Joon Gi

Pelakon Lee Joon Gi antara pelakon Korea terkenal yang mempunyai ramai peminat termasuklah di Malaysia. Untuk drama lakonan dia yang terbaru berjudul Two Weeks, peminat dari beberapa negara termasuklah Malaysia telah memberi sumbangan beras untuk kebajikan.

Ini memang menjadi kebiasaan kelab peminat di Korea untuk menderma beras atau makanan kering yang lain kepada badan-badan kebajikan di sana dan atas nama artis yang mereka minati. Lama kelamaan ia menjadi ikutan peminat dari luar negara pula.

Sumbangan beras tersebut dapat dilihat di lokasi sidang media untuk drama ini. Kami terperasan di tweet beliau yang menyebut Malaysia dan juga video di bawah di mana terdapat Jalur Gemilang di saat ketiga video ini.



Lee Joon Gi turut mengambil gambar dan menulis di twitter yang dia amat berterima kasih kepada keluarga dan peminat yang telah memberi sokongan kepada dia selama ini dan dia cuba mengambil gambar semua sumbangan tapi terlalu banyak. Antara peminat yang turut membuat sumbangan beras ialah dari negara Korea, Jepun, China, Vietnam, Hong Kong dan lain-lain.

Beras sumbangan dari peminat Malaysia ialah di panel ketiga. 

lee joon gi

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan