Sedutan Lagu Single K-Pop Terbaru Ajieb Rosdi

Leave a Comment
ajieb rosdi

Pada bulan Ogos yang lalu, Ajieb Rosdi telah membuat majlis pra-dengar untuk single Kpop pertama dia.

Memandangkan Ajieb adalah anak Malaysia pertama mencipta nama dalam arena muzik K-Pop, pihak pengurusan Ajieb di Korea Selatan iaitu Blessync Media memberi penghormatan kepada peminat tempatan untuk menamakan tajuk lagu solo pertama Ajieb berbahasa Korea. Pemilihan tajuk lagu ini akan digunakan untuk pasaran Malaysia dan Korea Selatan.

Pertandingan ini telah berakhir pada bulan lalu dan antara hadiah yang menarik perhatian kami ialah jemputan makan malam bersama Ajieb dan bintang K-Pop yang turut berduet dalam album ini. Berdasarkan maklumat sebelum ini, artis tersebut ialah penyanyi wanita.

ajieb rosdi lagu korea
Untuk mendengar sedutan lagu tersebut, sila KLIK. Lagu ini berentak Swing dan sebutan Ajieb juga boleh difahami. Tapi kena dengar lagu penuh untuk menilai. Kami memilih tajuk I'll Show untuk lagu ini.

Ayat Korea yang diterjemahkan itu pada pendapat kami boleh diperbaiki atau biarkan sahaja dalam tulisan Hangul.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan