BIGSTAR Berjaya Menarik Peminat Dengan Showcase Pertama di Malaysia

Leave a Comment
bigstar inspiring korea festival malaysia pavillion
Sesi bergambar, BIGSTAR bersama peminat-peminat bertuah.
Pada bulan September yang lalu, KTO atau lebih dikenali sebagai Korean Tourism Organisation telah berjaya mengadakan satu festival dimana ingin menarik rakyat Malaysia untuk datang melawat Korea, iaitu 'Inspiring Korea Festival'.

Dipendekkan cerita, kami amat berterima kasih kepada KTO dan penganjur kerana telah membawa BIGSTAR dan menceriakan hari minggu kami.

Hari pertama BIGSTAR bersama peminat, mereka telah mempersembahkan dalam 6 buah lagu diantaranya Hot Boy, Thinking Of You, Hooligan, tidak ketinggalan lagu dan tarian yang comel, I Got The Feeling dan Run & Run.

bigstar inspiring korea festival malaysia pavillion

Setelah mengenalkan diri masing-masing dan disebabkan ini adalah festival sempena melawat dan mengenal Korea, BIGSTAR sempat memberitahu serba sedikit mengenai latar tempat mereka lahir, seperti FeelDog dan Baram dari Busan, Raehwan dari Gangnam, Sunghak dari Jeollado, dan Jude berasal dari Chosun.

Selepas mempersembahkan beberapa buah lagu, mereka berehat seketika dan bermain bersama peminat yang dipilih oleh mereka sendiri. Betapa cemburunya kami waktu ini kerana tiada seorang pun dari kami yang dipilih untuk naik ke pentas. Mungkin kami tidak beberapa menyerlah pada hari tersebut (tapi salah seorang dari kami pakai baju kurung kot). Oh sedih. Permainan yang pertama yang telah dikendalikan adalah 'ddakji' dan pada sesi kedua adalah 'kai-bai-bo'.

Mereka juga sempat menambat hati rakyat dan peminat Malaysia dengan menyanyikan serangkap dua dari lagu irama tradisional Malaysia, Rasa Sayang. Ini video yang dapat kami sajikan buat peminat.



Bila ditanya apa pandangan mereka terhadap Malaysia, ini jawapan mereka,

 FeelDog: Malaysia 'indawan"..?
 MC: Malaysia indah!~
 FeelDog: indah~~~~~~ Malaysia adalah negara yang bagus (dalam bahasa Korea)

 Raehwan: Saya berasa amat gembira kerana dapat berada di sini bersama anda semua, dan Malaysia
                 sangat cantik dan selamat datang? selamat petang? - (dalam bahasa Inggeris)
                (I was so happy to be here with  you guys and Malaysia is really beautiful and Selamat
                Datang?
 FeelDog: Selamat Sore!?

 FeelDog: It such a great time to see you all in Malaysia today, this was unexpected, so much fun,
                and thank you so much and we're looking forward to see you guys tomorrow. - (dalam bahasa Korea)

Sempat juga kami ke Pavillion lagi untuk hari yang kedua bersama BIGSTAR sempena Korea Festival! Tapi kali ini, selain menyanyi dan mempersembahkan beberapa buah lagu, BIGSTAR hanya membuat satu aktiviti sahaja bersama peminat, permainan pada hari kedua ialah 'push hand'. Walaupun hanya dapat bermain 1 permainan, bergegar juga Pavillion dengan jeritan dan sorakan oleh peminat kerana peminat yang kalah dan terjatuh telah disambut ahli-ahli BIGSTAR sendiri.

bigstar inspiring korea festival malaysia pavillion
bigstar inspiring korea festival malaysia pavillion
Baram dan FeelDog membuat demo bagaimana permainan 'push hand' dimainkan.
Melihat dari air muka mereka, mereka terharu dan berterima kasih atas sokongan yang dilemparkan oleh peminat Malaysia.

Sebelum persembahan yang terakhir, salah seorang dari mereka telah memberitahu bahawa mereka sedang membuat persiapan dan akan kembali untuk membuat konsert di Korea. Selain itu, mereka juga telah mengajar peminat Malaysia 2 potong ayat yang seperti berjanji antara satu sama yang lain dimana mereka melafaskan "saranghae" dan "gildarikae" dan BIGSTAR meminta peminat melafazkan semula dalam bahasa ibunda kita, maka sahut lah para peminat dengan "saya cinta kamu" dan "saya tunggu kamu".

bigstar inspiring korea festival malaysia pavillion

Maaflah kami tak dapat nak sajikan video semasa persembahan penuh mereka. Tapi kami kagum dengan reaksi dan sokongan peminat! Semoga peminat BIGSTAR atau lebih dikenali sebagai 'ONLY ONE' kekal setia untuk menyokong kelima-lima ahli kumpulan ini.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan