Boys Republic Hendak Berinteraksi Dengan Peminat Malaysia

Leave a Comment
boys republic malaysia showcase

Boys Republic satu lagi kumpulan yang baru sahaja debut pada tahun ini akan tiba di Malaysia untuk mempromosi album mini terbaru Identity selama 4 hari 3 malam. Sementara itu, satu showcase esklusif “I’m Ready” akan diadakan di Malaysia pada 8/12 (Ahad) di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara, 6 petang.

Boys Republic terdiri daripada One Junn, Da Bin, Sung Jun, Min Su dan Su Woong. Mereka adalah kumpulan idola pertama dari Universal Music Group! Mereka telah menjadi duta untuk Jeju Air sebelum debut. Dengan kejayaan single digital debut mereka iaitu “Party Rock” pada Jun lalu, ia terus menjadi no. hits iTunes di Thailand, Singapore, Indonesia dan Filipina.

Walaupun lagu debut mereka menarik perhatian, tetapi itu tidak dibiarkan begitu sahaja. Mereka terus menghasilkan album mini Identity. Mengandungi 7 lagu termasuk 4 lagu baru dan dua single digital yang telah dikeluarkan sebelum ini dan satu lagu untuk jenama Jeju Air. Mereka telah memberikan pendapat dan cerita untuk diberitahu melalui album mini ini. Selain itu, mereka berharap agar para peminat dapat menemui keunikan mereka melalui album ini



Boys Republic juga telah membuat permintaan untuk mengadakan interaksi lebih rapat bersama dengan peminat. Hasilnya, syarikat rakaman telah merancang aktiviti bersama peminat iaitu sesi boling bersama peminat dan KL City Tour setengah hari.

Bermula 25/11/2013 (Isnin), dengan setiap pembelian album mini Boys Republic Identity di kedai CD terpilih layak untuk 2 pass ke showcase. Tambahan pula, peminat boleh memuatturun mana-mana caller ringtone Boys Republic dari DiGi, Maxis dan Celcom dan hanya menunjukkan mesej "successful downloaded" sebelum showcase untuk menuntut pass showcase.

Untuk lagi maklumat mengenai jelajah promosi Boys Republic di Malaysia, lawati laman web Universal Music Malaysia, Facebook - Universal Music Malaysia Chinese atau hubungi hotline 03-7958 7433 (ext 205/305). Lawati Kalendar K-Pop kami untuk acara terkini di Malaysia.

Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan