Dior Mencipta Nama Dalam Diam di Korea

Leave a Comment
dior korea penyanyi malaysia

Kami bangga apabila ada anak tempatan mencipta nama di dunia hiburan Korea. Rezeki di bumi Allah ini luas, yang penting kita tahu mencari peluang yang halal. Seorang lagi anak tempatan yang turut mencuba nasib dengan muzik K-Pop ialah Dior.

Ada satu artikel terbaru mengenai perkembangan Dior dan kami ingin berkongsi bersama pembaca Buletin K-Pop. Dior telah mengeluarkan single di dalam bahasa Korea berjudul Mujeogun atau lebih dikenali dengan ChanChanChan. Lagu ini berentak trot dan akan dipasarkan untuk pasaran Korea mulai tahun hadapan.

Irama trot mungkin kurang popular di kalangan peminat muda Kpop tetapi ia mempunyai golongan peminat yang besar di kalangan orang dewasa di Korea.

Pemilik nama sebenar Mohd. Shahril Shaari atau Dior juga pernah dilantik menjadi duta produk ginseng Geumhong sejak 2011 sehingga hari ini dan dijemput mengadakan persembahan sempena Geum Sam International Ginseng Festival di Seoul.

Bila kami melihat di laman Facebook Dior, rupanya dia popular di kalangan komuniti warga Korea di Malaysia. Banyak majlis atau acara keramaian warga Korea di Kuala Lumpur menjemput Dior untuk membuat persembahan.

Mari lihat persembahan Dior dengan lagu ChanChanChan.



Kami harap perjalanan seni Dior di Korea akan lebih berjaya dan menjadi dorongan buat mereka di Malaysia yang ingin mengikut jejak langkah dia.

Bagi mengetahui perkembangan semasa ikut Dior di laman sosial Facebook dan Twitter.

[Kredit : 1, 2]
Ikuti kami di:

0 ulasan:

Catat Ulasan